in

Drama Autumn Di Hatiku Capai Lebih 500,00 Tontonan

Drama bersiri web AUTUMN DI HATIKU yang ditayangkan menerusi portal video Tonton mulai 3 Julai lalu mencatat kejayaan luar biasa dengan rekod melebihi 500,000 hits tontonan video. Drama yang diinspirasi menerusi fenomena K-Pop di Malaysia menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan Aiman Hakim.

[dropcap]M[/dropcap]erupakan drama web sulung terbitan portal video Tonton, kejayaan luar biasa AUTUMN DI HATIKU membuktikan penerimaan khalayak bagi drama yang disiarkan secara ‘online’ selain sokongan promosi berterusan daripada pihak media terhadap drama bersiri ini. Tambah istimewa, kesemua episod AUTUMN DI HATIKU kini boleh ditonton secara GLOBAL di seluruh dunia pada bila-bila masa secara PERCUMA.

Drama Autumn Di Hatiku Capai Lebih 500,00 Tontonan

AUTUMN DI HATIKU disiarkan menerusi 28 episod harian pada setiap Isnin sehingga Sabtu jam 12 tengah hari mengisahkan tentang Nina (Hanez Suraya), yang bekerja di sebuah kedai kek dan merupakan peminat fanatik K-Pop. Kemunculan seorang pelanggan, Park Au Tum, atau dikenali dengan ‘Autumn’ (Kim Jin Sung) di tempat kerjanya pada suatu hari telah mengubah segalanya. Nina mendapatkan bantuan Zidick (Aiman Hakim) selain rakan karibnya Jaja (Ezzaty Abdullah) dan cuba memenangi hati Autumn. Kai (Anas Ridzuan) pula seringkali menganggu kehidupan dua gadis ini dan cuba menggagalkan usaha Nina. Manakala Zidick mulai menaruh hati terhadap Nina dalam diam-diam.

Kehadiran Anugerah Syawal tahun ini pastinya meriah dengan hiburan drama bersiri (episod penuh) AUTUMN DI HATIKU di portal video Tonton. Merancakkan lagi tontonan buat seisi keluarga, Tonton turut meraikan sambutan Syawal dengan tawaran filem menarik antaranya Buli, Buli Balik, Perempuan Melayu Terakhir, Selubung, Sayang Salmah selain konsert Sudirman – One Thousand Million Smiles, Gegar Bersama Search, Konsert Awie, Konsert Tan Sri SM Salim dan banyak lagi.

Eksklusif untuk pengguna Tonton, telefilem Geng Kampung Pisang bakal ditayangkan pada 7 Ogos, jam 1.30 petang, 24 jam lebih awal menerusi portal video Tonton sebelum tayangan di TV9. Bukan itu sahaja, malah, tonton juga bakal membawakan tayangan filem Bunohan, sebuah filem yang telah meraih pelbagai anugerah hebat bakal disiarkan secara eksklusif menerusi Tonton Premium mulai 1 Ogos 2013.

Rancangan ‘evergreen’ kegemaran ramai yang pernah disiarkan menerusi TV3 & TV9 turut ditawarkan buat penonton antaranya Rendang Untuk Mertua, Airmata Syawal, Terlerai Takbir Kasih dan banyak lagi secara percuma.

Daftar akaun anda secara PERCUMA menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet (peranti Android & iOS) untuk akses ke Tonton pada bila-bila masa, di mana jua. Aplikasi TV Tonton juga turut terdapat di Samsung SMART TV dan ikuti Tonton menerusi Facebook, Twitter & Instagram (@tontonMY) untuk berita dan perkembangan terkini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Dato Siti Nurhaliza di Lebaran Syawal

Hampir 10,000 Pengunjung Meriahkan Bazar Seindah Ramadan