in ,

Drama Andainya Takdir 2 Raih 12 Juta Penonton

DRAMA-DRAMA TV3
PILIHAN NO. 1 RAKYAT MALAYSIA!
AKHIRNYA PEMINAT AIRIL & FATIHAH,
SERTA #TEAMFIKA DAPAT TIDUR DENGAN LENA

Apa jadi dengan Airil dan Fatihah? #TeamFika, #TeamShah atau #TeamHusna? Kalau anda perasan, inilah antara persoalan yang kerap ditanya oleh hampir seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini. Selepas beberapa minggu, demam drama Andainya Takdir 2 dan Jangan Benci Cintaku yang melanda seluruh negara akhirnya berakhir juga!

Mula bersiaran di TV3 pada 13 Jun lalu, drama Andainya Takdir 2 terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd. ini berjaya meraih rating terkumpul berjumlah 12 juta penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement) di kaca TV! Lebih menarik lagi, drama lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar ini juga telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan di YouTube dan juga portal video tonton.

Cinta tiga segi antara Shah, Fika dan Husna dalam drama Jangan Benci Cintaku yang disiarkan menerusi slot Akasia juga telah mencetus sebuah fenomena! Lakonan hebat oleh Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson dan Niena Baharun ini berjaya memberi kesan yang mendalam sehingga mempengaruhi emosi para penonton. Husna yang dilakonkan oleh Niena Baharun merupakan watak yang paling banyak menerima kritikan, sehinggakan Niena sendiri telah menerima cacian dan ugutan oleh netizen yang terlalu obses dengan drama tersebut.

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9, “Seringkali jalan cerita drama-drama slot Akasia telah dilabel sebagai klise, namun dengan kejayaan drama Jangan Benci Cintaku yang berjaya mendapat rating terkumpul sebanyak 12 juta penonton untuk 28 episod dan melebihi 5 juta tontonan di YouTube dan portal video tonton ini membuktikan bahawa jalan cerita yang mempunyai plot twist sebegini mempunyai peminat dan tarikannya tersendiri, sehingga membuatkan para penonton tidak berganjak dari kaca TV, menjadi tular serta trending nombor satu di media sosial seluruh dunia. Kami juga ingin berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memilih drama-drama kami sebagai pilihan utama mereka,”

Selain itu, jangan lupa untuk menyaksikan drama-drama baharu yang bakal disiarkan di TV3!

TV3 TERUS MENYAJIKAN DRAMA-DRAMA TERBAIK!

Iris: Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung
Tarikh Siaran : Setiap Isnin – Khamis, bermula 7 Ogos 2018
Masa Siaran : 6.30 petang – 7.00 malam
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Hafidz Roshdi, Risteena Munim, Noorkhiriah, Ezany Nizariff, Kecik Ogie, Jalil Hamid

Sinopsis
Ahmad Rosli pulang ke Malaysia untuk meraikan majlis pernikahan pak ciknya. Malangnya, majlis yang belum sempat berlangsung itu bertukar menjadi tragedi apabila Pak Long meninggal dunia akibat serangan sakit jantung apabila disergah oleh Ahmad yang hanya mahu bergurau dengannya. Kebetulan Pak Long yang merupakan seorang ketua kampung ada tinggalkan wasiat untuk Ahmad. Ahmad diamanahkan untuk membuat beberapa perkara. Untuk melaksanakan kesemua amanat Pak Long, Ahmad perlu meyakinkan tiga orang yang paling berpengaruh di kampung iaitu Sarjan Hisyam, Senah dan Geng Buskers. Mampukah Ahmad Rosli memenangi hati ketiga-tiga orang ini?

Akasia: Cinta Bukan Kristal
Tarikh Siaran : Setiap Isnin – Jumaat, bermula 8 Ogos 2018
Masa Siaran : 7.00 malam – 8.00 malam
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Ayda Jebat, Nina Iskandar, Raja Afiq, Ayu Raudhah, Dayana Roza,

Sinopsis
Aryana ialah seorang gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib dirinya dengan berhijrah ke Kuala Lumpur atas paksaan mak ciknya. Di situ, dia telah bertemu dengan Adrian Hilman ketika bekerja di syarikat Dato’ Manan. Terpikat dengan paras rupa dan kemewahan hidup yang dimiliki oleh Adrian, Aryana mahu mendekati lelaki idamannya itu walaupun dia tahu bahawa Adrian sudah berkeluarga. Namun demikian, isteri Adrian yang bernama Sofea Darlina dapat rasakan yang suaminya sedang bermain kayu tiga. Siapakah bakal menjadi pilihan Adrian, isterinya Sofea Darlina atau Aryana?

Lestary – Cinta Lemon Madu
Tarikh Siaran : Setiap Rabu & Khamis, bermula 8 Ogos 2018
Masa Siaran : 9.00 malam – 10.00 malam
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Sha’s Media Sdn. Bhd.
Pelakon : Aidil Aziz, Ruhainies, Riena Diana, Eyra Hazali, Epy Kodiang

Sinopsis

Mengisahkan kehidupan Firash dan Haida yang telah membesar bersama-sama sejak kecil lagi. Persahabatan mereka erat serta direstui oleh pelbagai pihak sehingga berjaya dibawa ke jinjang pelamin. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal apabila Haida mula tunjuk tanda-tanda yang dia sebenarnya tidak reti menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Keadaan menjadi keruh selepas Firash berkahwin dengan seorang wanita bernama Aisyah secara senyap, hanya atas persetujuan ayahnya, Haji Kamsan yang juga berkahwin dua. Aisyah memilih untuk bercinta dengan Firash selepas bernikah, dan ini telah membuatkan kisah cinta mereka lebih romantis dan sudah semestinya akan menggamit perasaan para penonton. Adakah Firash akan terus menyembunyikan perkahwinannya dengan Aisyah daripada pengetahuan Haida? Mampukah Haida terima hakikat yang bahawa suaminya beristeri dua?

Saksikan drama-drama hebat TV3 ini! Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ERA Rai Kejayaan Dalam Industri

adidas Malaysia Lancar Pek TEAM MODE di Football Republic