Sejak bergelar anak yatim piatu, Amsyar mula menjalani kehidupan hariannya dengan penuh kesengsaraan kerana sering didera dan dihina oleh sanak saudara sendiri. Keperitan ini dirasai Amsyar sebaik sahaja ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.
Kesedihan yang dilalui oleh Amsyar membuatkan dirinya menjadi semakin tabah. Ikutilah kisah hidup Amsyar, lakonan adik Muhamad Benladin dalam drama Amsyar di slot Azalea TV9, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam, mulai 28 Oktober 2016.
Drama 20 episod terbitan Zeel Production ini menampilkan Murali Abdullah sebagai pengarah dan membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Elly Mazlein, Redza Rosli, Hairi Safwan, Nafiz Muaz DFKL, Faralyna Idris dan Sabhi Saddi.
Sinopsis Drama AMSYAR
[dropcap]A[/dropcap]msyar merupakan anak tunggal kepada Farid dan Arfah. Selepas pemergian ibu bapanya, tidak ada orang yang hendak menjaga dan mengurusnya. Apatah lagi, Amsyar seorang kanak-kanak yang masih muda dan masih bersekolah. Kini, dia sudah hilang tempat untuk berkasih sayang. Lebih menyedihkan lagi, tidak ada pula yang hendak menerimanya termasuklah ahli keluarganya sendiri.
[pullquote align=”right”]Ikutilah kisah hidup Amsyar, lakonan adik Muhamad Benladin dalam drama AMSYAR di slot Azalea TV9, setiap Selasa hingga Ahad, jam 8.30 malam, mulai 28 Oktober 2016.[/pullquote]
Apabila hendak menumpang duduk di rumah bapa saudara atau ibu saudaranya ada sahaja yang tidak menyukainya. Adik beradik kepada arwah ayahnya cukup benci akan Amsyar. Mereka bukan sahaja sering memarahinya, malah menderanya dan memukulnya semahu hati.
Lain pula dengan Shahrul yang merupakan Pak Ngah kepada Amsyar. Shahrul sangat baik hati dan prihatin terhadap Amsyar. Shahrul sangat kasihan melihat keadaan anak saudaranya yang tidak diperdulikan oleh ahli-ahli keluarganya yang lain. Tetapi, isteri Shahrul, Lia langsung tidak menyukainya dan menganggap dia adalah satu bebanan. Shahrul tidak sampai hati untuk menghantar anak saudaranya itu ke rumah anak-anak yatim.
Amsyar lebih rela menetap di Teratak Kasih iaitu rumah anak-anak yang kurang bernasib baik sepertinya kerana tidak ingin menyusahkan bapa saudaranya. Malangnya, rumah tersebut tidak dapat menerima penghuni baharu buat ketika itu. Jadi, terpaksalah Amsyar berpindah-randah ke rumah ahli keluarga yang membencinya dan hidup dengan penuh tekanan.
Amsyar juga pernah jatuh sakit dan pengsan akibat tidak tahan dengan penderaan yang diharunginya. Apakah yang terjadi kepada Amsyar selepas ini? Bilakah kisah sedihnya akan berakhir?
Untuk mengetahui lebih lanjut, saksikan drama AMSYAR pada setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di slot Azalea, TV9 bermula 28 Oktober 2016.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia.