Menerusi media sosial, tular babak didakwa mempunyai unsur lucah. Dalam babak tersebut Aileen lakonan Anna datang ke pejabat Farid yang dilakonkan oleh Amir dengan tujuan ingin memaklumkan sesuatu.
Bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian kerana suaminya mengatakan sedang sibuk dan perlu menyiapkan kerja terlebih dahulu.
Apa yang mengejutkan sebaik saja Aileen beredar, Farid berdiri dari kerusi sambil membetulkan seluar dan kelihatan ada wanita lain keluar dari bawah meja sambil merapikan rambut.
Diruangan komen, rata-rata netizen terkejut dan bengang dengan babak berkenaan serta kasihan dengan Aileen. Malah, ada yang mendakwa drama berkenaan teruk kerana mempunyai unsur lucah.