in ,

Drama ALIM-ALIM KUCING Lakonan Fezrul Khan

Benarlah kata orang, iman itu tidak boleh diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual beli dan ia juga tiada di tepian pantai. Maka di situlah letaknya peranan ketua keluarga dalam membimbing isteri dan anak-anaknya dalam menjalani kehidupan seharian seharusnya dititikberatkan oleh golongan lelaki bergelar suami dan ayah. Pastinya kesungguhan mereka dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dapat membentuk keluarga yang harmoni dan bahagia.

Begitupun peringatan kepada golongan adam ini ternyata lebih berkesan sekiranya disampaikan secara santai tanpa memberikan tekanan kepada mereka. Justeru Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan drama kekeluargaan menerusi slot Panggung Ahad di TV1 bertajuk “Alim-Alim Kucing” pada 29 Januari ini, pukul 10.00 pagi.

telemovie Alim-Alim Kucing

Peranan Seorang Bapa Dalam Drama “Alim-Alim Kucing”, Slot Panggung Ahad Di TV1

Membariskan pelakon Mak Wan, Fezrul Khan, Aliff Hadi, Talha Harith, dan Razak Ahmad, telemovie arahan Sabree Fadzil ini membawa penonton menghayati perjalanan kisah yang banyak membawa keinsafan kepada semua dalam mengubah diri menjadi seorang insan yang lebih baik.

Secara ringkasnya ia mengisahkan kerisauan bapa tentang kelalaian anak dalam perihal agama setelah meningkat dewasa berbanding dengan didikan agama sempurna yang diberikan ketika mereka masih kecil dahulu. Si bapa mensyaratkan anak-anaknya untuk tinggal bersamanya dalam waktu tertentu sebelum beliau menunaikan haji. Pelbagai aksi komedi, lakonan dan helah wujud semasa tempoh bersyarat tersebut.

Ikuti perjalanan plot tentang pasangan suami isteri iaitu Pak Hassan dan Mak Kuntum yang mempunyai tiga (3) orang anak lelaki iaitu Hafiz, Hisham dan Haris. Pak Hassan pening memikirkan anaknya yang dilihatnya semakin lalai dalam perihal agama. Beliau telah memberi didikan agama secukupnya semenjak dari mereka kecil lagi.

Akhirnya Pak Hassan mendapat idea dan meminta anak-anaknya tinggal dengannya selama tiga (3) bulan sebagai syarat untuk meninggalkan wasiat sebelum Pak Hasaan dan Mak Wan menunaikan haji.

Pelbagai kisah komedi timbul sepanjang mereka tinggal di sana kerana lupa tentang ajaran agama serta berlakon seperti ‘alim-alim kucing’ kerana cuba memenangi hati jiran mereka, Nona.

Pada kesempatan inilah yang digunakan Pak Hassan untuk memupuk semula nilai-nilai Islam dalam hidup anak-anaknya. Tiba-tiba wasiat tersebut hanya akan dibaca pada tahun hadapan akibat penangguhan haji Pak Hassan. Namun begitu beliau bersyukur kerana anak-anaknya telah insaf. Dalam diam-diam, Haris bercinta dengan Nona tanpa diduga.

pelakon Fezrul Khan bersama pengarah Sabree Fadzil di set penggambaran telemovie Alim -Alim Kucing

babak dalam Alim-Alim Kucing

antara babak Alim-Alim Kucing

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejutan Menyayat Hati dalam Video Muzik CINTA TAKKAN BERAKHIR

Syurga ‘Ready To Wear’ BOHARI Kini Di Buka di Sunway Putra Mall