in ,

Drama A Untuk Abah Dan Bila Papa Pakai Pakai Kebaya

2 Telemovie Khas Hari Bapa : A Untuk Abah Dan Bila Papa Pakai Pakai Kebaya Di TV1

Khas meraikan Hari Bapa pada Jun ini, kisah anak yang tertekan kerana terpaksa memenuhi kehendak si ayah dalam mengejar cita-citanya melatari drama ‘A’ Untuk Abah mengisi slot Panggung 1 sebelum diteruskan dengan tayangan telemovie Bila Papa Pakai Kebaya, kisah seorang suami yang sanggup menyamar sebagai pekerja wanita semata-mata kerana gagal mendapat pekerjaan lain dalam slot Panggung Ahad yang kedua-duanya menghiburkan penonton TV1.

drama

Hayati drama ‘A’ Untuk Abah disiarkan pada 16 Jun 2012, jam 3.05 petang pastinya mampu meruntun perasaan penonton dengan lakonan berkesan Shafie Naswip menghayati watak seorang anak yang dihambat rasa tertekan akibat diugut ayahnya supaya mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Bergandingan bersama Kazaruddin Saisi sebagai watak ayah yang tegas, drama ini turut dibintangi oleh Radhi Khalid, Liza Abdullah, Zila Bakarin dan Norseha.

Ia bermula dengan watak Fahmi semasa diusia remajanya seorang pelajar “genius” yang sentiasa memperolehi keputusan cemerlang di dalam pelajarannya. Cita-cita Fahmi pula untuk menjadi seorang Pakar Jantung, tambahan pula Abahnya (Latif) yang merupakan seorang bapa tunggal telah mengidap penyakit lemah jantung tanpa disedari oleh Fahmi.

Tetapi malangnya Latif meninggal dunia akibat serangan jantung pada hari yang sama dan Fahmi amat kecewa kerana Abahnya tidak sempat melihat keputusan Fahmi yang mendapat pengiktirafan sebagai pelajar terbaik diperingkat negeri semasa itu.

Pelajaran Fahmi semakin lama-semakin merosot sehingga dia hanya mampu mendapat keputusan sederhana di peringkat SPM, cita-citanya untuk menjadi Pakar Jantung gagal dan hanya berjaya menjawat jawatan sebagai Pembantu perubatan di sebuah klinik Desa Kerajaan sahaja.

drama

Kini Fahmi berusia 40 tahun, hasil perkahwinanya dengan Suraya mereka memperolehi seorang anak lelaki tunggal bernama Azmi yang mewarisi sifat semula jadi “genius” daripada ayahnya (Fahmi). Azmi yang sedang belajar di tingkatan 3 akan menduduki peperisaan PMR. Azmi seorang yang berjiwa seni manakala Fahmi terlalu mengharapkan Azmi supaya nanti menyambung pelajaran di dalam aliran Sains Tulen dan diharapkan untuk menjadi seorang Doktor Pakar bagi memenuhi cita-cita Fahmi yang gagal dicapai olehnya sebelum ini.

Semasa keputusan PMR diumumkan, Azmi nekad untuk melarikan diri ke kampung datuknya. Ketika di kampung dia bertemu budak lelaki penjual kuih bernama Jai yang hidup susah bersama ibunya. Ia memberikan pengajaran kepada Azmi tentang niat murni abahnya yang mahukannya berjaya dalam hidup.

Esoknya pula saksikan Bila Papa Pakai Kebaya mengetengahkan watak Zaini yang menjadi penganggur setelah dibuang kerja oleh majikannya. Dia berusaha gigih mendapatkan pekerjaan namun nasib tidak menyebelahinya kerana tawaran kerja hanya terbuka luas kepada golongan hawa.

Satu hari dia mendengar cerita majikan isterinya memerlukan pekerja untuk menjadi penyambut tetamu dan telefon. Namun tawaran itu hanya untuk wanita. Ketika itu terlintas di fikirannya untuk menyamar sebagai wanita dengan mengenakan kebaya untuk ke tempat kerja. Pada masa yang sama dia dapat memantau pergerakkan isterinya yang seringkali pulang kerja lewat.

Zaini seronok dengan penyamarannya hingga satu hari ianya terbongkar. Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Apakah rahsia yang disembunyikan Maria daripada pengetahuan Zaini apabila satu hari dirinya ditangkap curang dengan bekas teman lelakinya, Ashraf? Siapa pula Suhana yang muncul di pertengahan telemovie ini? Saksikan kesudahan drama lakonan Joey, Siti Fazurina, Zaibo, Maimon Mutalib, Yus Raja Lawak, Zarina AF dan Kismah Johar ini.

drama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diskaun Pelajar Tiket Konsert Maher Zain Live Di Malaysia 2012

TV3 Lancar Drama Terbaru Nazihah & Drama Bukan Bidadari