3:55, DRAMA MENARIK MENGISI SLOT CITRA PADA 07 NOVEMBER 2008 DI RTM2
Dengan membariskan nama pelakon terkenal seperti Ahmad Tarmimi Saregar, Rozi Othman, Qazem Nor, Aman Grasega, Ainur Syakina Azman dan Nik Shahri’ah Nik Dir, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama menarik 23 : 55 yang disiarkan pada hari Jumaat (07 November 2008), jam 10.00 malam, mengisi slot tontonan ramai, Citra di RTM2.
23 : 55 terbitan Television Airtime Services ini mengangkat paparan kisah yang berkisar tentang satu kes penculikan yang telah berlaku kepada keluarga Datuk Zainuddin dan Datin Zila. Anak tunggal perempuan mereka iaitu Asmira Julia, 17 tahun.
Datuk Zainuddin merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sentiasa mendapat perhatian media dan majalah bisnes. Datuk Zainuddin dan Datin Zila telah membuat persiapan hari jadi Asmira untuk sambutan ulang tahun yang ke 17.
Sewaktu pulang dari sekolah, Asmira telah diculik dan berita ini mencemaskan Datuk Zainuddin dan Datin Zila. Seorang penyiasat peribadi yang juga sahabat karib Datuk Zainuddin, iaitu Kamal dipanggil untuk membantu siasatan ini.
Asmira telah kurung dalam satu kotak dan ditanam di satu kawasan hutan. Di dalam kotak tersebut telah dibekalkan tong oksigen untuk tempoh 24 jam serta beberapa bungkusan makanan dan air. Asmira mula panik dan sesak nafas. Dia mula menjerit sekuat hati, namun tiada siapa yang mendengarnya.
Penculik Asmira dikenali sebagai Zack dan El telah menghubungi Datuk Zainuddin dan meminta wang tebusan RM 5 juta dan mesti diserahkan sebelum menjelang tangah malam dan mereka mengugut akan membunuh Asmira sekiranya wang tersebut tidak diterima.
Dengan bantuan Kamal dan angota polis, akhirnya mereka dapat menjejaki Zack dan El berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diperolehi. Setelah diasak dengan pelbagai persoalan dan tekanan, El mula mengalah dan memberi maklumat di mana lokasi Asmira ditanam dan menyatakan Asmira hanya ada masa 30 minit untuk diselamatkan.
Berjayakah mereka menyelamatkan Asmir? Saksikan kesudahan telemovie 23 : 55 pada hari Jumaat (07 November 2008), jam 10.00 malam di RTM2.