Majlis yang berlangsung di D’Kayangan Grill & Barbeque Steambot, Shah Alam itu merupakan satu tanda syukur di atas pencapaian yang diraih oleh Dr. Irma Skincare & Cosmetics dan Dr. Irma Entertainment sepanjang tempoh empat tahun berada di dalam industri.
Selain itu, ia juga diadakan sebagai tanda terima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak, termasuklah rakan-rakan artis dan juga pihak media.
Terlanjur berkongsi kegembiraan, jenama Dr.Irma hari ini turut melancarkan portal gaya hidup, www.drirma.com.myyang mensasarkan wanita-wanita moden sebagai pembaca utama. Portal yang pada mulanya hanya berkongsi cerita tentang perkembangan karier Dr.Irma sebagai doktor gigi dan komposer lagu, kini tampil berwajah baru bermula Januari 2019.
Portal ini mempunyai tujuh segmen yang terdiri daripada Kesihatan, Hiburan, Kecantikan & Fesyen, Gaya Hidup, Buletin & CSR, Dr.Irma TV dan tidak ketinggalan Beli Online yang memberi peluang kepada pembaca mendapatkan produk-produk keluaran Dr.Irma Skincare & Cosmetics.
Mengulas tentang perkembangan terbaru ini, Pengasas dan pemilik jenama Dr.Irma, Dr Irma Shida Abu Samah berkata, dia berharap portal yang diberi nafas baru ini mampu pergi jauh sehingga mampu menjadi satu platform yang mengetengahkan jenama-jenama tempatan.
“Setelah 4 tahun mengetengahkan jenama DR. IRMA , merangkumi pelbagai cabang (kecantikan, kesihatan, hiburan & aspirasi) serta memayungi impian pasukan Dreamcatchers Dr. Irma, sudah sampai masanya saya mengumpulkan kesemua cabang ini di bawah satu platform – www.drirma.com.my.”
Portal ini adalah ‘callcard’ di mana umum boleh melihat dan menilai sendiri apa yang diketengahkan oleh jenama DR. IRMA dengan harapan ia mampu menjadi sumber rujukan dan platform bacaan digital popular pada masa akan datang.”
Saya punya visi untuk memberi ruang kepada bakat-bakat baru dalam dunia seni tempatan untuk ke hadapan. Selain itu, saya juga berharap portal ini mampu membantu usahawan tempatan mengetengahkan jenama mereka,”
Sebagai seorang doktor, saya juga ingin berkongsi ilmu dengan masyarakat tentang kesihatan. Oleh itu saya amat mengalu-alukan rakan-rakan profesional untuk berkongsi ilmu kesihatan dengan umum. Mudah-mudahan portal ini dapat memberi manfaat dan mendapat maklum-balas memberangsangkan,” ujar Dr. Irma yakin.
Menyentuh tentang pengisian segmen Dr.Irma TV, sempena Ramadan dan sambutan Aidilfitri akan datang, terdapat tiga program yang akan ditampilkan iaitu Tazkirah Santai Ramadan, Trivia Aidilfitri dan Santai Selebriti.
Berikut info ringkas tentang ketiga-tiga program ini :-
1) Tazkirah Santai Ramadhan – 15 Episod
Program ini akan ditayangkan selang sehari sepanjang bulan Ramadan ini bermula 7 Mei 2019 lalu. Dai’ Syed Iqmal akan menjawab tentang persoalan-persoalan yang mungkin selama ini bermain-main di fikiran, pelik atau mungkin tiada jawapan yang pasti. Menfokuskan isu-isu santai, perkongsian ini mudah difahami oleh setiap lapisan umur.
Antara persoalan yang dibincangkan ialah tentang perbuatan orang ramai yang suka berkongsi cerita Solat Tarawikh di laman-laman sosial. Adakah perbuatan itu wajar atau sebaliknya. Selain itu Dai’ Syed Iqmal juga ada menerangkan tentang hukum merasa makanan di hujung lidah ketika menyediakan juadah berbuka puasa.
2) Trivia Aidilfitri – 10 Episod
Akan mula ditayangkan seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Program bual santai yang melibatkan barisan artis tanahair ini berkongsi tentang kenangan berpuasa dan beraya serta ucapan Salam Aidilfitri kepada peminat-peminat mereka. Antara artis yang terlibat ialah Adam Shadan, Firdaus Ghouffran, Lan Solo, Shah Hazvee dan ramai lagi.
3) Santai Selebriti – 10 Episod
Buat julung-julung kalinya, artis naungan Dr. Irma Entertainment, Ray Asri akan menjadi hos untuk program santai ini. Program sembang santai akan berbicara tentang perkembangan semasa artis-artis terlibat.
Untuk memeriahkan suasana, terdapat juga permainan atau cabaran yang akan dilakukan oleh artis sebelum mereka menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara akustik. Antara artis yang terlibat ialah Lan Solo, AJ Azril dan Pasha Mentor.
Untuk maklumat lanjut mengenai Dr. Irma Entertainment dan www.drirma.com.my anda boleh mengikuti kami di Instagram @drirma.com.my atau Facebook page – Drirma.com.my