Suami kepada selebriti Lufya Omar, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 29, mendedahkan dia kini bukan lagi bergelar suami kepada pelakon tersebut. Menurut laporan media, Dr. Che Hafiz menjelaskan dia sudah melafazkan talak cerai minggu lalu menerusi aplikasi WhatsApp selepas rundingan untuk menjernihkan kembali hubungan rumah tangga mereka menemui jalan buntu.
“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.
“Biarlah kami sahaja yang tahu punca penceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum. Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain. Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain,”
– Dr. Che Hafiz
Lufya, 34, sebelum ini menerusi laman Instagramnya, ada memuat naik luahan perasaan yang mendakwa dirinya sering dipukul dan dianiaya oleh suaminya.
Lufya dan suami diijabkabul pada 26 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.
“Saya Tunaikan Permintaan Lufya” – Dr. Che Hafiz Mengaku Ceraikan Lufya Menerusi WhatsApp
Dr. Che Muhammad Hafiz Baharum, 29, mengakui sudah menceraikan isterinya, penyanyi Lufya Omar, 34, menerusi aplikasi WhatsApp pada minggu lalu.
Dr. Che Hafiz berkata, dia melafazkan cerai selepas rundingan untuk menjernihkan kembali hubungan menemui jalan buntu.
“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.
“Biarlah kami sahaja yang tahu punca perceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum,” ujar Dr. Che Hafiz menegaskan pendiriannya.
Dia juga berharap, segala yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain.
“Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain,” katanya.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.