in

Dokumentari Syahadah Musim 6

DOKUMENTARI SYAHADAH 2010 (MUSIM KE ENAM) TEMUI PENONTON SEPANJANG RAMADAN DI TV1 DAN TV2

Kenikmatan bulan Ramadan amat bermakna buat seluruh umat Islam yang menantikan kehadiran bulan yang penuh keberkatan yang hanya dinikmati setahun sekali. Bagi mengimarahkan Al-Mubarak yang disambut pada 11 Ogos ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak ketinggalan untuk menemani para penonton yang menjalani ibadah puasa dengan sajian rancangan-rancangan menarik yang bakal dipertontonkan di saluran TV1 dan TV2 mulai 1 Ramadan.

Masjid Safa Shahouri, Ponda Goa

Memperkenalkan Dokumentari Syahadah 2010 musim ke enam kembali dengan paparan yang lebih menarik dan kali ini merungkai sejarah dan penemuan artifak yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan Asia Timur. Setiap penemuan memiliki latar belakang yang tersendiri bahkan memperlihatkan cara hidup masyarakat Islam di situ.

Kru penerbitan menjelajah Syahadah musim baru kali ini membawa penonton menjelajah ke negeri Terengganu, Kedah dan Melaka serta ke beberapa negara Islam iaitu Indonesia, Kemboja dan India dan di Asia Timur iaitu China, Jepun dan Korea Selatan bagi menjejaki latar belakang dan cara hidup saudara muslim di sana. Mengikut kajian, negara-negara berkenaan mempunyai penduduk yang majoritinya beragama Islam dan penglibatan mereka dalam pembangunan sosio ekonomi negara amat menggalakkan. Negara-negara berkenaan juga mempunyai banyak kesan tinggalan sejarah penyebaran Islam dan penaklukan empayar besar beratus tahun dahulu. Lokasi-lokasi bersejarah ini menjadi fokus menarik untuk dipertontonkan kepada khalayak dan boleh dijadikan destinasi tarikan kepada pelancong luar.

Dokumentari Syahadah yang telah memulakan siarannya sejak tahun 2005 dan telah menjadi rancangan tunggak kepada RTM setiap bulan Ramadan. Memberi penekanan kepada perkembangan dan pembangunan negara dan umat Islam di serata pelusuk dunia, rancangan ini diterbitkan menggunakan dwibahasa iaitu Bahasa Malaysia (TV1) dan Bahasa Inggeris (TV2). Rancangan ini telah berjaya memikat tumpuan penonton dan telah memaparkan realiti kehidupan komuniti muslim di negara-negara Balkan dan Eropah serta negara bekas jajahan Soviet Union di Asia Tengah.

Dokumentari Syahadah ini diterbitkan oleh Unit Majalah Dan Dokumentasi RTM bakal disiarkan sepanjang bulan Ramadan akan bermula pada 11 Ogos 2010 (Rabu) bersamaan 1 Ramadan jam 6.30 petang di saluran TV1.

Manakala siaran ulangan pula pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 5.30 pagi hingga 5.50 pagi di saluran TV1. Tidak ketinggalan juga dokumentari Syahadah dalam Bahasa Inggeris yang akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 11 Ogos jam 10.00 hingga 10.30 pagi di saluran TV2.

Pada episod pertama akan memaparkan tentang penemuan artifak sejarah yang membuktikan kedatangan Islam yang telah tersebar di Nusantara iaitu Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih 700 tahun.

Penemuan tersebut bakal menyusuri khazanah warisan Batu Bersurat yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) di bawah kategori ”Daftar Memori Antarabangsa”. Sebagai penghargaan kepada pengiktirafan yang membanggakan ini, Syahadah musim ke enam akan membawakan 30 episod meneliti rentetan sejarah kedatangan Islam di Alam Melayu dan kesannya kepada pembangunan moden.

Setiap episod memaparkan tajuk yang berbeza yang diterajui oleh tiga orang penerbit yang berkebolehan iaitu Encik Ibrahim Ismail , Encik Rulhaizal Abd Rahman dan Encik Zuramin Ismail.

Dokumentari TV ini memperlihatkan kerjasama erat antara agensi dan jabatan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bagi merealisasikan hasrat penerbitan rancangan. Format Dokumentari Kembara (Travellodge Documentary), diterbitkan secara bersiri sebanyak 30 episod dengan jangkamasa 30 minit setiap episod. Tarikh siaran bermula 1 Ramadhan 1431 hijrah.

Objektifnya bagi menyumbang usaha memfilemkan sejarah penting negara untuk tatapan 27 juta rakyat Malaysia. Dokumentari ini akan meneliti susur galur kedatangan Islam ke Malaysia dan perkembangan Islam terkini. Selain itu bagi menyemai semangat cintakan khazanah warisan negara dan memupuk semangat jatidiri di kalangan rakyat Malaysia.

Lokasi yang telah dipilih adalah Malaysia (Terengganu, Kedah dan Melaka), Indonesia (Sumatera dan Kepulauan Jawa), China (Wilayah Yunan), India (Kerala [malabar] dan Gujerat) dan Kemboja.

Pengisian termasuklah pengenalan dan sejarah lokasi, warisan sejarah Islam yang berkaitan, perkara melibatkan Islam masa kini sebagai refleksi kepada kemunculan dan penyebaran agama Islam di kawasan berkenaan (sosial, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya).

Program Syahadah musim ke enam diterbitkan dengan kerjasama diberikan oleh Jabatan Muzium, Jabatan Warisan, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan kebudayaan & Kesenian Negara, Perbadanan Kraftangan Malaysia dan Balai Seni Lukis Negara.

IMG_0117

IMG_0220

binaan kolam Masjid Safa, Goa yang masih digunakan

IMG_0583

IMG_0657

masjid pertama di India

IMG_0739

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Final Akademi Quran Musim 4

Salam Ramadhan Al Mubarak 1431H 2010