in

Dokumentari Searching For Sugar Man di Sundance Channel

Dokumentari Searching For Sugar Man yang banyak memenangi Academy Award, akan ditayang secara eksklusif di Sundance Channel pada 26 Julai jam 10:00 malam. Tayangan perdana ini adalah bukti komitmen rangkaian ini untuk menghidangkan dokumentari dan filem independen yang berkualiti tinggi kepada penontonnya.

Diarahkan Malik Bendjelloul, Searching For Sugar Man merangkul anugerah Best Documentary pada Academy Awards 2013 dan anugerah BAFTA UK dalam kategori sama. Dokumentari ini juga adalah pilihan rasmi pada Sundance Film Festival 2012 dan menerima pujian di luar jangkaan daripada pengkritik di seluruh dunia.

Pada tahun 1968, dua penerbit mengunjungi sebuah bar di bandar Detroit untuk menonton persembahan Rodriguez, seorang penyanyi dan pencipta lagu yang berkarisma tetapi kurang dikenali. Terpesona dengan Rodriguez dan melodinya yang mencengkam jiwa, kedua-dua mereka berpendapat Rodriguez adalah hero muzik yang sebenar. Mereka pernah bekerja bersama orang-orang seperti Marvin Gaye dan Stevie Wonder, namun mereka percaya album yang diterbitkan bersama Rodriguez – Cold Fact – adalah satu karya agung dalam karier penerbitan mereka.

Cold Fact bagaimana pun gagal di pasaran walaupun menerima ulasan memberangsangkan. Rodriguez kembali menyepikan diri. Beliau kemudian dilaporkan mengalami kemurungan, dan hilang dari industri muzik sehinggakan tiada laporan yang kukuh bagaimana beliau mati sewaktu beliau dilaporkan membunuh diri. Daripada cerita-cerita tentang kematiannya, yang paling sensasi dan diterima ramai adalah cerita tentang Rodriguez membakar dirinya di atas pentas selepas menyanyikan lirik berikut: “But thanks for your time, then you can thank me for mine and after that’s said, forget it.” Jualan albumnya tidak pernah pulih, syarikat rakaman gulung tikar dan muzik Rodriguez terus dilupakan.

Namun demikian, itu bukanlah kesudahan kepada kisah Rodriguez. Pada tahun 70-an rakaman cetak rompak Cold Fact menembusi Afrika Selatan. Lirik anti-kemapanan Rodriguez dan pemerhatiannya sebagai orang luar di bandar Amerika dapat dihayati oleh seluruh generasi Afrika. Albumnya mendapat sambutan meluas menerusi buah mulut di kalangan generasi muda kulit putih yang liberal, dan albumnya diterbitkan semula di sana. Seperti dijangka, kerajaan mengharamkan album itu, tidak membenarkan ia dimainkan di radio menyebabkan ia terus mencapai tahap kultus. Misteri sebalik kematian Rodriguez mengangkatnya sebagai lagenda rock dan Cold Fact dengan pantas menjadi lagu rasmi penentangan kulit putih sewaktu era apartheid Afrika Selatan. Dua dekad seterusnya Rodriguez menjadi nama isi rumah dan Cold Fact mencapai status platinum.

Di sebalik popularitinya, kehidupan peribadi Rodriguez tetap misteri di kalangan semua pendengarnya. Ramai wartawan Afrika Selatan dan peminatnya cuba membongkar kebenaran tentang kehidupannya namun tiada apa-apa ditemui termasuklah tentang pemergiannya yang diselubungi lagenda. Apabila album keduanya diterbitkan dalam bentuk CD pada tahun 90-an, dua peminat Afrika Selatan – “detektif muzik” Craig Bartholomew dan pemilik kedai rakaman Stephen “Sugar” Segermen – bergabung tenaga membongkar misteri siapa sebenarnya Rodriguez, dan bagaimana beliau mati.

Penyiasatan yang dibuat mereka amat sukar; pada mulanya mereka menemui jalan buntu dan petunjuk yang tidak konsisten. Mengambil iktibar dari Watergate, mereka akhirnya menggunakan strategi “hidu dari mana wangnya”, dengan anggapan jika mereka dapat tahu sumber royalti Cold Fact, mereka boleh membongkar kebenarannya. Mereka mencari klu dari satu-satunya sumber yang ada – lirik yang ditulis Rodriguez. Kawasan pinggir bandar yang dinamakan Rodriguez membawa mereka kepada salah seorang penerbit asal Cold Fact, Mike Theodore. Pertemuan tersebut mendedahkan satu perkara mengejutkan yang mencetuskan lebih banyak kejadian aneh – dan mengujakan – lebih dari jangkaan mereka.

Selain mengarahkan dokumentari ini, Bendjelloul turut menulis dan menyuntingnya. Dokumentari ini diterbitkan bersama oleh Bendjelloul dan Simon Chinn. Camilla Skagerstrom, FSF bertindak sebagai Pengarah Fotografi.

Tentang Sundance Channel
Didedikasikan buat misi pengasas Robert Redford untuk meraikan kreativiti, Sundance Channel adalah destinasi televisyen untuk penonton yang berfikiran bebas dan mencari sesuatu yang berbeza. Berani, berimaginasi dan tidak meragukan, Sundance Channel
menawarkan penonton pelbagai filem bebas, dokumentari dan program asli berkualiti tinggi yang menarik perhatian. Selain diedarkan di seluruh Amerika Utara, Sundance Channel juga terdapat di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Dimiliki dan dioperasikan oleh AMC Networks Inc., Sundance Channel adalah jenama magnetik yang dikenali ramai dan tersedia dalam HD dan merentasi pelbagai platform.

Tentang AMC Networks Inc.
Berdedikasi menghasilkan kandungan filem dan program berkualiti selama lebih 30 tahun, AMC Networks Inc. (NASDAQ: AMCX) memiliki dan mengoperasi beberapa jenama popular dan pemenang anugerah dalam televisyen kabel. AMC, IFC, Sundance Channel, WE tv, dan IFC Films menerbit dan mempersembah kandungan yang berbeza, menakjubkan, dan sesuai dengan budaya yang melibatkan penonton merentasi pelbagai platform. Syarikat ini juga mengoperasikan AMC/Sundance Channel Global, satu program perniagaan antarabangsa, dan AMC Network Broadcasting & Technology, syarikat pengedar dan rangkaian servis penuh program asli.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Sebab Mengapa Budiey Mahu Beli Honda Civic

Samsung Presents Wind Chimes in a Bakery