in

Dokumentari Perkahwinan Diraja Putera William & Kate Middleton

SLOT DOKUMENTARI ISTIMEWA: MENJELANG PERKAHWINAN DIRAJA PUTERA WILLIAM DAN KATE MIDDLETON

Percintaan DiRaja dijunjung ke kemuncaknya dengan majlis perkahwinan yang berprestij. Seperti ibu bapanya 30 tahun lepas, ikatan tali percintaan Putera William dengan kekasihnya Kate Middleton di Westminister Abbey pada 29hb April sememangnya telah mencuri perhatian seluruh dunia, bagaikan dunia dongeng dalam realiti.

Pelbagai spekulasi berkaitan majlis yang dinanti-nantikan ini semakin hangat diperkatakan, termasuklah persoalan tentang senarai jemputan hinggalah pereka gaun perkahwinan mereka. Namun, ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah mereka berkenalan? Apakah cara hidup kerabat DiRaja Britain? Bagaimanakah cara Putera William menjalani hidupnya sebelum berjumpa dengan Kate? Siapakah Kate sebenarnya?

William & Kate

Untuk mengenali kehidupan monarki Britain dengan lebih dekat lagi, saksikanlah slot istimewa di ntv7 setiap Selasa, bermula 5hb April, dari 8.30 malam hingga 9.30 malam. Slot bertajuk Special Royal Documentaries ini akan keudara khas di Saluran Ceria Anda. ntv7 juga turut penyiar ekslusif di Malaysia Perkahwinan DiRaja Will dan Kate yang akan keudara secara langsung pada 29hb April.

Prince William & Harry Into The Future (TX 5hb April)
Dari kawalan tentera hinggalah kehidupan sosial, semuanya bagaikan di hujung jari kedua-dua putera muda Britain yang sentiasa mencuri tumpuan ramai ini. Tiada putera yang lebih terkenal selain mereka berdua. Dokumentari ini mengupas kehidupan peribadi kedua-dua Putera William dan Harry. Seperti kerabat DiRaja yang lain, kemasyhuran mereka datang dengan tanggungjawab yang harus dipikul.

Kate: The New Diana? (TX 12hb April)
Dokumentari ini mengupas sama ada Kate Middleton sesuai digelar pengganti Diana. Pernah disiarkan di saluran Sky One (saluran hiburan UK), dokumentari ini mengikuti perjalanan hidup gadis yang sedang bercinta dengan bakal Raja. “Kate: The New Diana?” ini menampilkan temu ramah bersama sumber seperti James Hewitt untuk membuktikan bahawa Kate sememangnya adalah pengganti Diana.

Kate Meets William: A Tale of Two Lives (TX 19hb April)
Dokumentari ini mendedahkan perbezaan zaman kanak-kanak antara pasangan DiRaja popular ini. Dengan gambar, bahan dan sumber-sumber seperti rakan rapat, ahli keluarga serta pakar, pelbagai persoalan tentang mereka bakal dijawab, seperti: Apakah perbezaan antara mereka? Adakah boleh dikatakan mereka bertemu semata-mata atas nama jodoh? Dokumentari ini mengisahkan kehidupan mereka, bagaikan seorang puteri dalam dunia dongeng yang bakal mengahwini putera rajanya.

William & Kate A Royal Engagement (TX 26hb April)
Detik yang dinanti-nantikan ini bakal tiba. Putera William, pewaris takhta Britain ini akan mengahwini Kate Middleton, seorang gadis biasa yang bukan dari kerabat DiRaja. Tapi, apakah yang sebenarnya mengikat tali percintaan mereka? Dari manakah dia berasal dan apakah signifikannya perkahwinan ini terhadap masa depan monarki Britain?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Special Royal Documentaries ini setiap Selasa, bermula 5hb April, 8.30 malam. Siaran langsung perkahwinan DiRaja yang dinanti-nantikan ini akan keudara di ntv7 pada 29hb April jam 3 petang.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ntv7.com.my atau www.tonton.com.my.

set133

Prince William’s girlfriend Kate Middleton leaving home in Chelsea and seeming to show a little bit of a double chin. She is also carrying an overnight? bag and a comfy pair of ugg boots. London.

William & Kate

191684a

735055a

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Tema AGE OF GLORY 2 Menang Anugerah Asia Rainbow

Sunsilk Revolutionises Hair Care with Nanotechnology