in

Dokumentari Kisah Natrah di Astro Prima

Astro Prima membawa kisah Natrah dalam bentuk dokumentari

Suatu ketika dahulu, seorang gadis keturunan Belanda Natrah telah diambil sebagai anak angkat dan dibela oleh keluarga Muslim dan diberi nama Natrah. Tiada siapa dapat menyangka hasrat murni ini akhirnya telah menimbulkan isu rusuhan yang berbaur sentimen agama dan warna kulit. Siapakah Natrah dan bagaimanakan perkara ini boleh berlaku?

Bagi meneruskan lagi komitmen Astro dalam memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Malaysia, Astro Prima dengan bangganya membawakan sebuah lagi kisah sejarah dalam bentuk dokumentari yang berjudul Suatu Ketika…Natrah.

Che Aminah's Gravesite - Natrah's Malay mother

Natrah atau nama sebenarnya Bertha Hertogh gadis keturunan Belanda yang berumur 13 tahun telah diambil sebagai anak angkat dan dibela oleh keluarga Muslim. Tercetusnya kontroversi apabila Natrah dipulangkan kepada keluarga sebenar sehingga menimbulkan isu rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini berlaku akibat berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Masyarakat Islam di Tanah Melayu dan Singapura kecewa Natrah akan dimurtadkan.

Natrah telah diserahkan untuk dipelihara oleh Che Aminah Mohamad ketika Zaman Penjajahan Jepun oleh ibu kandungnya, Che Aminah yang kemudian membawanya lari ke Borneo untuk menyelamatkannya dari seksaan Jepun.

Sejak itu, Natrah dibesarkan oleh Che Aminah dan bukan ibu kandungnya. Ketegangan mula meruncing ketika Mahkamah Tinggi Singapura mula mengubah keputusannya yang mana pada mulanya Natrah diserahkan kepada keluarga Belandanya, kemudian Natrah dipulangkan semula kepada Che Aminah atas dasar kemanusiaan.

Natrah merupakan perbalahan antara dua agama, dua budaya dan dua ibu. Dokumentari ini menceritakan tentang Natrah dan bagaimana kisahnya menjadi punca rusuhan terburuk pernah berlaku di Singapura. Kisah Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung, kehidupannya di Belanda dan kesudahan hidupnya yang menyedihkan.

Menurut Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima berkata, “Dokumentari Natrah ini telah diberi garapan dan penyelidikan yang sangat teliti oleh para penyelidik dan produksi agar hanya fakta-fakta yang tepat sahaja disampaikan melalui dokumentari ini.

Dokumentari ini juga amat istimewa apabila kami berjaya mendapatkan temubual bersama waris-waris terdekat Natrah tentang kejadian yang berlaku.”

Dokumentari berjudul ‘Suatu Ketika…Natrah’ membekalkan kelengkapan tanggapan tentang Natrah dan Mansor melalui petikan temubual bersama kawan rapat Mansor Adabi, Joe Conceiciao. Selain itu, terdapat juga petikan temubual bersama Rokayah Yusof, cucu kepada Che Aminah Mohamad yang menceritakan kisah hidup Natrah bersamanya.

Tarikan unik terhadap dokumentari ini juga ialah apabila pihak produksi berjaya mendapatkan klip-klip sedutan yang menarik perhatian disiarkan oleh stesen TV NVRC di Belanda. Temubual bersama saksi rusuhan kejadian; Dato’ Aziz Satar yang juga sedang bekerja di Singapura pada ketika itu telah menguatkan lagi penceritaan dalam dokumentari ini.

Sementara itu, bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang sejarah yang disiarkan dalam bentuk dokumentari, sejarah tentang Natrah ini turut diceritakan dalam bentuk yang lebih fiksyen melalui drama bersiri empat episod hasil lakonan cemerlang Juliana Evans melalui Astro Citra semenjak 2 Januari baru-baru ini pada jam 9.00 malam.

Bagi mereka yang mengikuti dan mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kisah hidup Natrah, jangan lupa untuk menyaksikan dokumentari Suatu Ketika…Natrah pada hari Ahad ini, 20 Januari 2010, jam 5.00 petang, hanya di Astro Prima.

Adeline

Adrianus

Natrah visited her adopted family in Malaysia on 29 Jan 1998

Natrah visited her adopted family in Malaysia on 29 Jan 1998

Natrah with her her family 48 years later and after 10 kids

Natrah with her her family 48 years later and after 10 kids

Natrah with one of her relatives

Natrah with one of her relatives

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Our Celcom Our Sale Redemption Starts Now

Ulasan Album Kalau Berpacaran The Album