in , ,

Dokumentari Khas Raja Payung Negara Suka Duka Lima Tahun Penuh Memori

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan dokumentari khas bertajuk “Raja Payung Negara” pada 30 Januari ini, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1

Dokumentari Raja Payung Negara ini mengangkat pelbagai kisah suka dan duka sepanjang tempoh lima tahun Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memegang tampuk pemerintahan negara bermula 31 Januari 2019 hingga 30 Januari 2024.

Sepanjang bersemayam di atas takhta, Baginda bukan sahaja berhadapan dengan kemelut politik negara, malah turut berdepan dengan ancaman kesihatan awam. Peranan dan kedudukan YDP Agong ketika keadaan negara tidak menentu, bukan sekadar simbolik, malah menjadi ‘pelindung’ demi memelihara keamanan negara.

Raja Payung Negara_Agong&Permaisuri_billboard

Kisah Penjelajahan Diraja, Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada Raja tetapi juga keprihatinan Raja terhadap rakyat. Sekali gus membawa pengertian ‘Raja dan rakyat, berpisah tiada’.

Payung kenegaraan adalah Raja Melayu; sanjungan dan penghargaan wajar dipertahan, demi keutuhan tadbir urus negara.

Dokumentari berdurasi 30 minit ini diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI SARAH LIYANA

Netizen Sentap Puteri Sarah Guna Vape Tanpa Nikotin Pembantu Peribadi

Sinopsis Drama Bersiri MENANTI SENJA Lakonan Johan As’ari & Trisha Ooi