DOKUMENTARI-DOKUMENTARI MENARIK MERDEKA : PARADIGM, KEBEBASAN, MERCU MERDEKA, MALAYSIA’S SUCCESS STORY, TOKOH-TOKOH MERDEKA (KHAS FINAS), UNBURYING THE PAST – PERAK MAN DAN BAJAU LAUT –NOMADS OF THE SEA
Tidak dinafikan salah satu cara lain yang mudah untuk memahami dan menghayati sejarah negara selain daripada membaca buku adalah dengan cara menonton dokumentari yang meletakkan fakta sebagai keutamaan berbanding filem mahu pun drama yang dimasukkan plot sebagai menghidupkan unsur dramatik. Malah dokumentari bersifat penyampaian fakta yang jelas kepada penonton hanya dengan menonton fakta di layar berbanding meluangkan masa membaca buku-buku sejarah yang tebal untuk dijadikan bahan rujukan.
Justeru sempena bulan kemerdekaan ini, dalam menyuntik semangat 1Malaysia di kalangan masyarakat, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaparkan dokumentari-dokumentari berlatarkan sejarah tanah air sebelum mendapat hak kemerdekaan di tangan penjajah. Pastinya himpunan dokumentari-dokumenari menarik ini bersifat mudah difahami bermula dengan program Paradigm disiarkan kepada penonton mulai 03 Ogos 2009, setiap Isnin jam 11.05 pagi ini, sebuah dokumentari berbahasa Inggeris ini memaparkan perkembangan sektor ekonomi dan sosial Malaysia terutama dalam bidang perikanan, perusahaan getah, Jabatan Perkhidmatan Awam, bidang perniagaan dan sebagainya yang telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Menerusi Kebebasan (31 Ogos 2009, Isnin, jam 5.31 petang), membawa penonton mengenang kembali sejarah penyatuan Malaysia dengan negeri Sarawak dan bagaimana rakyat berbilang kaum dan budaya Malaysia boleh berstu menjadi satu bangsa Malaysia yang merdeka. Persamaan nilai yang wujud di antara rakyat seperti cintakan keharmonian, kedamaian dan toleransi telah menjadikan bangsa Malaysia satu bangsa yang unik. Perbezaan latar belakang tidak menghalang mereka untuk bersatu-padu.
Saban minggu, Mercu Merdeka menemui penonton mulai 4 Julai 2009, setiap Sabtu, jam 12.05 tengahari) dimana TV1 menyiarkan dokumentari menarik mengenai budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Dokumentari ini turut memaparkan tempat-tempat menarik di Malaysia antaranya Putrajaya, Zoo Negara dan sebagainya.
Malah untuk mengenali lebih dekat lagi 8 orang tokoh tersohor negara, usah ketinggalan menyaksikan Malaysia’s Success Story (mulai 6 Ogos 2009, setiap Khamis, jam 12.00 tengahari yang menampilkan beberapa tokoh terkenal Malaysia yang telah mencipta nama dalam bidang masing-masing melibatkan Dato’ Dr. Mohd Azhari Yaakub (Ketua Bedah Jantung) yang kini berkhidmat di Institut Jantung Negara, Dr. Hajeedar Abdul Majid yang terkenal dalam bidang seni bina dimana antara bangunan terkenal yang mendapat sentuhan beliau ialah ‘The Maybank Square’ di Bangsar, Dato’Tom Abang Saufi yang masyur namanya menerusi bidang rekaan fesyen, Desmond Ho yang juga tokoh pereka lanskap negara kita, Karamjit Singh adalah pemandu kejuaraan profesional yang terkenal, Raja Azhar Idris Raja Lot yang merupakan artis professional, Dr. Farrah Hani Imran dimana beliau adalah tokoh dalam bidang gimrama Negara dan
Dato’ Idrus Mohd Satha seorang pengasas kolej Cosmopoint yang kini dikenali Kolej Universiti Kuala Lumpur untuk sama-sama mengupas suka duka dilalui sepanjang mencipta nama.
Dalam pada itu, RTM menerusi program Tokoh-Tokoh Merdeka (Khas Finas) juga turut mengangkat kisah sejarah dan kehidupan tokoh-tokoh yang telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu yang bakal bersiaran 30 Ogos 2009, Ahad, jam 10.00 malam.
Diteruskan pula dengan siaran Unburying The Past – Perak Man pula mengembalikan kisah Orang Perak atau dikenali Perak Man yang merupakan rangka tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada tahun 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah di Lembah Temenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berusia antara 10,000-11,000 tahun. Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Paleolitik hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang pra sejarah yang memiliki conenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi “foetal”, dimana kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai. Justeru usah ketinggalan menyaksikan siarannya pada 24 Ogos 2009 (Isnin), jam 02.05 petang.
Akhir sekali sebagai penutup turut dibawakan program istimewa keunikan kehidupan masyarakat Bajau Laut di Sabah yang kurang dikenali masyarakat Malaysia sendiri turut dirungkai satu persatu sejarah dan gaya hidupnya menerusi Bajau Laut –Nomads Of The Sea pada 31 Ogos 2009, Isnin, jam 02.05 petang.