Cerita mengenai artis di Malaysia yang memilih untuk berhijab penuh bukanlah sesuatu yang luar biasa pada masa ini seperti Ardell Aryana, Yana Samsudin, Neelofa dan ramai lagi.
Manis dan ayu serta sopan. Itulah komen setengah netizen melihat perubahan imej pelawak dan pengacara, Jihan Muse yang kini sudah berhijab sejak minggu lalu. Itu antara komen-komen positif yang diucapkan kepada Jihan Muse, selepas selebriti itu memuat naik gambar berhijab ketika sedang bercuti di Jepun. Rasanya, Jihan pernah berhijab sekitar bulan April tahun lalu.
Ramai yang menasihati semoga Jihan Muse terus istiqamah. Yang penting, perubahan ini sikit sebanyak telah mencuri perhatian peminatnya. Sejak hari pertama percutian, pengacara Gegar Vaganza itu memuat naik gambar-gambar berhijab dan menerima banyak komen-komen positif.
Rata-rata memuji imej terbaharu Jihan dan beharap pengacara Gegar Vaganza itu terus istiqamah.
Setelah beberapa lama mendiamkan diri, Jihan akhirnya muncul dan membalas salah satu komen yang memuji imej sopannya itu.
Jihan mengucapkan terima kasih di atas doa yang diberikan dan harapannya agar selepas ini akan terus diterima dalam industri seni hiburan meksipun sudah berhijab.
“Doakan saya masih diterima untuk bekerja dalam bidang ini lagi sebab saya memang suka kerja saya,”
– Jihan Muse
Jihan terus menerima komen yang positif dari pengikutnya yang rata-rata gembira dengan penghijrahan tersebut.
Jihan dan suami, Ungku Hariz dan anaknya Ungku Arsalab kini sedang bercuti di Jepun.