Bapa kepada pemenang Anugerah Bintang Paling Popular BH ke-33 (ABPBH 33), Haqiem Rusli iaitu Rusli Abdul Manaf, 64, dimasukkan ke sebuah hospital akibat masalah pernafasan, semalam.
Haqiem, 22, atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli berkata, dia bersama keluarga masih menunggu laporan penuh daripada doktor.
“Sebelum ini tak pernah pun kena macam ini. Cuma, baru-baru ini saja dan semalam abah sesak nafas dan terus dibawa ke hospital.
“Alhamdulillah, sekarang abah sudah okay sikit. Cuma, laporan penuh kesihatan belum dapat. Apa pun, saya mohon daripada semua untuk mendoakan kesihatan abah saya.
“Insya Allah, saya juga berharap kesihatan abah baik-baik saja dan tidak ada yang serius. Semoga abah cepat sembuh dan keluar hospital,” katanya.
Terdahulu, Haqiem yang juga pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular pada ABPBH 33 berkongsi perkara itu di Instagram Stroy.
“Minta doa yang baik-baik saja untuk abah,” katanya.
*Sumber: Harian Metro