Majlis yang menghimpunkan hanya 20 orang peminat itu berlangsung dengan meriahnya di sebuah restoran makanan Jepun, Sushi Go yang terletak di Melawati Mall, Kuala Lumpur.
Dj Lin yang terkenal dengan slot kendaliannya, Suria Cinta di Suria Fm itu berkata, memang setiap tahun apabila tibanya hari lahir beliau pada 31 Disember, pasti akan diadakan satu majlis besar besaran yang menghimpunkan hampir 100 hingga 300 orang peminatnya dari seluruh negara sebagai tanda menghargai sokongan padu mereka terhadap karier seni Dj Lin sebagai Penyampai Radio.
‘Saya berasa sedikit sedih kerana pada tahun ini (2020) aktiviti tahunan bersama peminat tidak dapat saya laksanakan disebabkan isu Covid-19 apatah lagi dengan kemenangan yang baru saja saya perolehi di malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang telah menobatkan saya sebagai Penyampai Radio Paling Popular,”
– DJ Lin
Namun ternyata, kejutan yang dibuat oleh AJK Kelab peminatnya malam tadi sememangnya sangat menyentuh perasaan beliau.
“Walau hanya 20 orang saja namun kemeriahannya sangat terasa dan saya sangat bersyukur dan gembira serta berterima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan ulang tahun saya pada malam tadi dan ianya juga merupakan hadiah terindah untuk saya abadikan dalam diari coretan hidup di tahun 2020 ini,”
– DJ Lin
Turut hadir adalah dua orang cahayamata kesayangan beliau, Nureen Aresya, 19 tahun dan Nazren Asyran, 17 tahun.
Dj Lin yang juga merupakan pemenang tiga kali bagi kategori Penyampai Radio Popular Abpbh turut mengucapkan selamat menempuh tahun baru 2021 buat semua peminatnya dan jutaan terima kasih di atas segala perhatian, sokongan yang tidak berbelah bagi peminat buat dirinya sepanjang 21 tahun beliau berada dalam industri radio di Malaysia.
Bagi yang baru ingin mengenali Dj Lin, boleh ikuti beliau di Instagram dan Twitter di @djlinsuriacinta juga di facebook DJ LIN (SURIACINTA SURIA FM) juga boleh hubungi beliau menerusi emel di [email protected].