[dropcap]P[/dropcap]enyampai Suria FM, DJ Lin dilaporkan telah ditimpa kemalangan jalan raya di Lebuhraya Mahameru pada jam 11.45 pagi, hari Selasa lalu selepas kereta Pesonanya terbabas dan merempuh pokok pada Selasa lalu. Namun, DJ Lin bernasib baik sebab dirinya terselamat. Syukur Alhamdulilah. DJ Lin tak apa-apa.
Berita ini dilaporkan oleh Portal Murai yang menemubual DJ Lin selepas beberapa hari kemalangan berlaku. Selain hanya memikirkan wajah anak-anaknya, penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa, DJ Lin akui dia reda jika nyawanya diambil ketika melalui saat cemas apabila ditimpa kemalangan jalan raya pada Selasa lalu.
Namun, DJ Lin berkata syukur Tuhan memanjangkan usianya kini yang telah selamat daripada kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Mahameru itu.
“Andai Tuhan mahu ambil nyawa saya ketika itu (kemalangan), saya memang sudah tawakal dan reda sahaja kerana ketika kejadian saya tidak terfikir yang saya boleh selamat. Malah saya sudah bayangkan wajah anak-anak saya sahaja. Bayangkan, kereta saya berpusing beberapa kali sebelum merempuh sebatang pokok di tepi jalan. Mungkin kerana Tuhan sayangkan saya, kereta saya dirempuh sebelah tempat duduk kiri penumpang dan bukan di tempat pemandu. Kereta saya remuk teruk sebelah kiri dan saya bersyukur kerana tiada penumpang bersama saya ketika itu. Saya hanya memandu seorang diri.
“Saya tak tahu apa punca kemalangan saya. Mungkin jalan licin kerana ketika itu hujan renyai-renyai atau mungkin ada kesan minyak di atas jalan sehingga saya sendiri tidak dapat mengawal break. Namun saya bersyukur kerana masih lagi selamat dan saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.”
DJ Lin yang mengendalikan segmen Suria Cinta itu telah ditimpa kemalangan kira-kira jam 11.45 pagi selepas kereta Pesonanya terbabas dan merempuh pokok pada Selasa lalu. Meskipun selamat dalam kemalangan, namun di bahagian depan dan kiri keretanya remuk dengan teruk.
Menurut DJ Lin lagi, sejak daripada itu, dia kini akui agak fobia dan trauma untuk memandu dan telah meminta pembantu peribadinya untuk membawanya ke konti dan beberapa tempat untuk sementara waktu.
“Terus-terang saya memang sudah trauma dan fobia nak bawa kereta lagi. Memang tak boleh lupa, sehingga kini saya terbayang-bayang dan termimpi-mimpi akan kejadian itu. Buat masa sekarang ni, saya minta pembantu peribadi saya untuk menghantar saya ke tempat kerja dan sebagainya.
“Apa-apa pun, saya cuma ingin nasihatkan kepada semua termasuk diri saya berhati-hatilah di jalan raya kerana kita sendiri tidak tahu apa juga kemungkinnan yang akan berlaku.”
Selain mengendalikan Suri Cinta, DJ Lin bakal sibuk memenuhi jemputan mengacarakan majlis berbuka puasa selain baru sahaja memulakan perniagaan menjual kurma, kekacang dan kuih raya di bazaar Ramadan di Busana Mall di Menara Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman sepanjang Ramadan ini. – Sumber Portal Murai