in , ,

DJ Fuzz, Fimie Don & Ayunie Rizal Bergabung dalam Video Muzik Hari Raya 

Kisah Indah Penghantaran Abang Ninja. Ninja Van Malaysia bekerjasama dengan DJ Fuzz, Fimie Don, dan Ayunie Rizal untuk video muzik Hari Raya yang menyentuh hati.

Ninja Van Malaysia syarikat logistik berteknologi terkemuka, telah mengeluarkan sebuah video muzik yang menyentuh hati untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini. 

Video itu menceritakan kisah bagaimana kehidupan seorang penghantar Ninja Van Malaysia mengalami perubahan positif setelah berjumpa dengan kekasihnya secara tidak sengaja semasa beliau membuat penghantaran.

Video muzik ini bukan sekadar memaparkan kegembiraan dan kesedihan yang terlibat dalam pekerjaan sebagai penghantar, tetapi juga mencerminkan pengalaman ramai pemandu penghantaran yang memainkan peranan penting dalam operasi Ninja Van Malaysia, bagi menyampaikan kegembiraan satu bungkusan pada satu masa. 

DJ Fuzz, Fimie Don dan Ayunie Rizal Bergabung dalam Video Muzik Hari Raya

DJ Fuzz, artis tempatan dan pengasas Mixology Media, bekerjasama dengan Ninja Van Malaysia untuk menghasilkan sebuah karya yang menawan hati para belia untuk meraikan keistimewaan bulan mulia ini, dengan muzik mereka yang unik dan luar biasa.

“Walaupun Ninja Van Malaysia dikenali dengan pengendalian bungkusan yang teliti dan penghantaran tanpa kerumitan, kami ingin merakamkan terima kasih bukan sahaja kepada para penghantar dan perniagaan dan memberi sorotan kepada usaha gigih para penghantar kami yang merupakan wira yang tidak didendang. Kami berharap untuk menyebarkan mesej yang memberi tumpuan kepada kasih sayang keluarga dan rasa syukur kepada insan tersayang. Sama seperti keluarga yang sentiasa ada dalam keadaan susah dan senang, kami ingin menyatakan sokongan yang teguh dari Ninja Van Malaysia kepada para penghantar kami atas komitmen mereka yang tidak pernah lentur, tidak kira hujan mahupun panas,” kata Low Vway Huan, Ketua Pemasaran di Ninja Van Malaysia.

Video ini bermula dengan seorang penghantar muda Ninja Van Malaysia yang dilakonkan oleh Fimie Don, di mana takdir menemukan penghantar ini dengan jodohnya, lakonan Ayunie Rizal. Kisah cinta mereka mula berputik dan memaparkan gambaran-gambaran kehidupannya buat beberapa tahun. Menjelang pengakhiran video, jalan cerita menyaksikan kehadiran berterusan Ninja Van sebagai teman setia dalam hidupnya bagi memastikan setiap penghantaran dapat dilengkapi, dan para penghantar rasa dihargai seperti keluarga sendiri. Video ini disetkan dengan latar belakang muzik hip hop yang meriah oleh DJ Fuzz.

“Pemilihan bakat yang sesuai untuk video kami adalah sangat penting semasa peringkat perancangan. Akhirnya, kami merasakan kerjasama kami dengan Fimie Don adalah keputusan yang terbaik memandangkan kebolehan lakonan dan popularitinya dalam kalangan belia. Sikapnya semasa di lokasi juga saling melengkapi kehadiran memikat Ayunie Rizal, menjadi penambah kepada gabungan merdu buat naratif visual kami dan menyumbang kepada kejayaan keseluruhan video,” tambah Vway Huan.

Melalui kerjasama dengan DJ Fuzz ini, Ninja Van Malaysia berharap untuk menjadi sumber hiburan dan ketenangan bagi mereka yang berpuasa dalam bulan suci Ramadan dan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sila layari saluran YouTube Ninja Van untuk menonton video sepenuhnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND RAYA

LEGOLAND® Jemput Anda Hayati Kenangan Indah di Kampung Halaman

Cinta Tak Mungkin Dato’ Sri Siti Nurhaliza Lagu Runut Drama Malang Si Puteri