Terbaru, menerusi aplikias X, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA berkata dia akan mengambil tindakan saman malu ke atas Aliff sebanyak RM100 juta.
“Dah pun tular ya berita mengenai saya akan saman malu Datuk Seri Aliff Syukri sebanyak RM100 juta, no joke.
“Lantak koranglah kalau ingat berlakon ke apa ke kan? Saya tetap akan saman sebab dah viral video dia tarik rambut saya,” katanya.
Menerusi video itu juga, Diva AA dilihat menitiskan air mata apabila terkenangkan kejadian berlaku itu serta mengatakan insiden berlaku itu memalukan dirinya.
“Dia tarik tu all out ya dan memang sakit sewaktu pementasan di Singapura. Saya akan dakwa di mahkamah sebab dia buat tu macam nak balas dendam.
“Dia bagi alasan ni rambut palsu. Rambut palsu ke apa ke kau buta ke? Mustahil tak nampak rambut ni original. Dia tarik tu memang sakit, siap seret saya lagi. Nampak sangat macam ada penganiayaan,” katanya.