Umum mengetahui bahawa Wak Doyok merupakan ikon fesyen yang dikenali ramai rakyat Malaysia. Mula dengan penampilan jambang ikonik miliknya, lelaki itu kini sibuk mencabar dirinya dalam pelbagai percubaan baru. Terbaru, Wak Doyok dilihat telah berkongsi ‘teaser’ kepada minyak wangi yang bakal dilancarkan tak lama lagi bernama ‘Dosa’. Nampak mewah kan rekaan botolnya?
Menerusi muatnaik foto di laman Instagram miliknya, tertera perkataan ‘DOSA’ merujuk kepada jenama wangian tersebut. Difahamkan Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, 41 akan mula memasarkan minyak wangi tersebut pada 3 April kelak.
Disebalik botol wangian yang kelihatan eksklusif, namun segelintir netizen mendakwa botol dan serta kemasan tersebut seolah-olah meniru jenama minyak wangi terkenal, Dior Sauvage.
Walaubagaimanapun, segelintir netizen sepertinya perasan persamaan rekaan botol tersebut dengan minyak wangi jenama terkenal iaitu Dior Sauvage.
Menerusi beberapa persoalan yang ditinggalkan oleh mereka, Wak membalas kembali dakwaan tersebut dengan akui menggunakan rekaan botol yang sama namun wangian tersebut adalah berbeza.
Pun begitu, bagi mengelakkan kekeliruan, Wak Doyok meninggalkan komen pada beberapa netizen dan menjelaskan bahawa dia menggunakan botol Dior sahaja namun bukanlah wangian yang sama.
Dalam perkembangan lain, Wak juga akan kembali dengan perniagaan baju melayu jenamanya dan sedang giat mempromosikan baju tersebut buat mereka yang ingin mencari wang sampingan.