Berkongsi tentang titik tolak membulatkan keputusan untuk memperisterikan Ezza, Remy berkata, selain sedar wanita berkenaan sangat memahami dan mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang matang, usia yang semakin meningkat juga membuatkannya ingin segera mendirikan rumah tangga.
“Untuk ada lebih daripada tiga orang anak dalam tempoh lima tahun pertama (perkahwinan), itu tidak mungkin akan berlaku. Dunia sekarang tengah tak stabil. Ekonomi tak stabil, dan kerajaan pun tak stabil. Segalanya macam berada dalam ketikdakpastian.
“Dua tahun pertama perkahwinan, kita relaks. Kalau ada rezeki, ada lah. Tak perlu orang kata, terlalu fikirkan tentang anak dan sebagainya. Kalau Allah bagi (anak), Allhamdulillah,”
“Bagusnya tempoh Covid-19, saya semakin bersifat terbuka dan sebenarnya, kian sedar sudah lama hubungan saya dan dia (Ezza). Dari segi pemahaman dan peribadi semakin berubah. Karakter pun semakin matang. Saya sendiri dah semakin berumur. Saya sedar makin banyak tumbuh uban.
“Titik tolaknya, apabila nampak uban dalam lubang hidung. Kalau uban di kepala, tak mengapa tapi kalau uban dalam lubang hidung dah lain macam (tertawa). Jadi, saya rasa diri dah cukup matang untuk buat keputusan dan sebagainya. Untuk Ezza sendiri, dia dah cukup memahami saya dan karakter dia pun semakin matang,”
Untuk makluman, perkahwinan Remy dan Ezza akan berlangsung hari ini sekitar pukul 12 tengah hari di sebuah masjid sekitar Kuala Lumpur. Majlis pernikahan hanya akan dihadiri pengantin lelaki dan perempuan dan wali nikah dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.