in , ,

Ditangguh Lagi, Sebutan Semula Kes Neelofa & PU Riz Ditunda

Ditangguh lagi, sebutan semula kes yang melibatkan selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan juga suaminya, Haris Ismail yang sepatutnya berjalan hari ini telah ditunda sehingga ke tarikh yang akan ditetapkan tidak lama lagi.

Kedua-dua selebriti terkenal ini sebelum ini telah didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini.

Menurut peguam yang mewakili pasangan itu, tarikh sebutan baru masih belum ditentukan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan tarikh asal sebutan kes Neelofa dan suami sepatutnya adalah pada 23 Jun namun ditangguhkan kepada 15 Julai disebabkan oleh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

NEELOFA PU RIZ

Walau bagaimanapun, PKPD di Seremban telah melanjutkan bicara kes pada hari ini (12 Ogos) namun ditunda.

Pasangan itu didakwa pada 20 Mei lalu dan mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Antara kesalahan yang disabitkan adalah kegagalan mematuhi SOP PKPB seperti tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.

Jika sabit kesalahan, pasangan ini berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti..” – Ahmad Fedtri Yahya

“Dua Tahun Berpisah, Penjaga Positif COVID-19,” Vicha Saywho Risau Anak-Anak Di Indonesia