in , ,

Diskaun Besar-Besaran Sempena Ulang Tahun Ke-5 Go Shop

Go Shop meraikan Ulang Tahun Ke-5 bersama lebih 2 juta pelanggan dan diskaun besar-besaran

Go Shop, destinasi beli-belah gaya hidup di Malaysia meraikan Ulang Tahun Ke-5 bermula 28 Oktober hingga 30 November 2019 dengan tawaran eksklusif dan diskaun. Go Shop diperkenalkan pada 2014 dan merupakan platform e-dagang pertama milik Astro, membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah 24 jam pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui telefon bimbit, tablet dan komputer mengikut pilihan pelanggan. Kini, Go Shop adalah platform beli-belah No. 1 di Malaysia termasuklah di Singapura dan Brunei yang menyediakan kos penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

7. Go Shop 5th Anniversary Live Show with Dato_ Sri Siti Nurhaliza

Sejak dilancarkan, Go Shop telah menunjukkan peningkatan pesat sehingga mencapai kejayaan seperti; lebih 2 juta pelanggan yang berdaftar, lebih 6 juta pesanan dan 6.8 juta produk terjual merangkumi peralatan rumah, perkakasan dapur, pakaian dan produk kecantikan. Aplikasi mudah alih terbaharu Go Shop juga telah mencapai 1 juta muat turun dan laman web Go Shop, secara purata menerima 2 juta pengunjung pada setiap bulan. 

1. Dr. Grace Lee (CEO of Go Shop)

“Para pelanggan kami terus memberi kami inspirasi dan cabaran untuk meningkatkan tahap pedampingan dengan memperkenalkan produk-produk yang berinovatif, program bermanfaat dan menghiburkan untuk terus meningkatkan mutu servis serta pengalaman, supaya kekal relevan dan bermutu tinggi.

Sebagai contoh, Go Shop turut menghasilkan kandungan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Kantonis, Mandarin dan Hokkien untuk lebih memenuhi keperluaan kepelbagaian budaya dan bahasa dikalangan rakyat Malaysia”.

“Kami kekalkan tumpuan kami untuk meningkatkan kadar jangkauan para pelanggan dan kami amat gembira untuk mengumumkan bahawa saluran Go Shop dalam Bahasa Malaysia boleh ditonton secara percuma menerusi myFreeview di saluran 120.

Dengan itu, meningkatkan lagi jumlah jangkauan isi rumah kami ke 7.4 juta, yang merangkumi 17 juta individu berumur 18 tahun dan ke atas. Kerjasama baik dengan lebih daripada 700 rakan kongsi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) membolehkan kami menyediakan produk-produk yang berlainan nilai kepada para pelanggan kami”.

“Hari ini, rakan kongsi Go Shop di Malaysia menyumbang 95% daripada jumlah pendapatan kami. Kami mengalu-alukan lebih ramai usahawan SME tempatan dan usahawan muda yang mungkin telah memulakan model stokis dan mahu mendapatkan liputan yang lebih luas di Malaysia, untuk bekerjasama dengan kami.

Go Shop juga merupakan destinasi utama untuk pelbagai produk-produk eksklusif Korea, menerusi hubungan kukuh dengan rakan kongsi kami di Korea, GS Home Shopping Inc.”

– Dr. Grace Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop
3. Mr Song (COO of Go Shop)

Dengan peralihan lebih ramai rakyat Malaysia ke arah gaya hidup digital, Go Shop berhasrat untuk menggandakan pengguna digitalnya melalui pelaburan berterusan untuk mendigitalisasikan lagi perniagaan dengan membina keupayaan digital baharu serta meningkatkan platform digital. 

2. Go Shop 5th Anniversary Celebration

Sebahagian daripada kempen Ulang Tahun Ke-5, Go Shop menyambut ‘5th Anniversary Live Party’ hari ini dengan hos-hos Go Shop dan selebriti tempatan seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Linda Onn, Datin Fouziah Gous, Dato’ Sri Aliff Syukri, Datin Sri Nurshahida dan Yana Samsudin.

4. Raianna (Head of Malay Shopping Host)

Penonton menikmati tawaran eksklusif seperti ‘Beli 1 Percuma 1’, ‘Diskaun sehingga 50%’ dan ‘Hadiah Percuma’ untuk pelbagai produk-produk terlaris seperti peralatan rumah, perkakasan dapur, pakaian berkualiti tinggi dan produk kecantikan. 

Sambutan ini diteruskan dan para pelanggan dapat menikmati sambutan-360 di udara, atas talian dan aktiviti turun padang di semua platform untuk tawaran ulang tahun kami yang menarik. Pelanggan akan dapat menikmati diskaun 5% untuk pembelian melalui laman web Go Shop dan aplikasi mudah alih dengan kod promosi: ANNIVERSARY5 hingga 30 November. 

5. Hai Chyi (Head of Chinese Shopping Host)

Pelanggan juga boleh mengambil bahagian dalam ‘Snatch & Shop Game’ di aplikasi Go Shop setiap hari Jumaat di mana mereka boleh merebut kupon tunai untuk membeli-belah di Go Shop. Go Shop juga memberikan 25,000 Go Points dan pelanggan boleh berbelanja untuk peluang mencapai antara tahap pembelian tertinggi dan memenangi Go Points mingguan.

Di samping itu, pelanggan dapat menebus hadiah percuma apabila mereka membeli dan berbelanja melebihi RM 300 dalam satu resit. 

Tonton Go Shop setiap hari di Astro menerusi saluran 118 HD dan saluran 120 untuk Bahasa Malaysia, atau saluran 303 HD untuk saluran Mandarin dan myFreeview saluran 120 HD untuk maklumat lebih mengenai tawaran-tawaran hebat ulang tahun yang menarik.

Para pelanggan juga boleh melayari laman web Go Shop di www.goshop.com.my dan muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store. 

6. Linda Onn (Celebrity Host)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Milik Siapa Trofi Anugerah Skrin 2019? Peminat Teruja Nak Tahu Pemenang!

Tahniah! Ini Senarai Penuh Keputusan Pemenang Anugerah Skrin ASK 2019