in , ,

Disebalik ‘Baby Face’, Ramai Terkejut Suami Hannah Delisha Tinggi, Tegap & Sado Orangnya

Semua sedia maklum mengenai pernikahan pelakon Hannah Delisha dengan seorang jejaka yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Imam Shah. Pengumuman tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak khususnya kaum lelaki dimana mereka dikatakan telah ‘patah hati’. 

Tidak cukup dengan itu, ada juga suara-suara ‘nakal’ netizen memerli Imam kerana kelihatan agak muda dan mempunyai wajah ‘baby face’ itu. Namun, semua tanggapan itu mungkin berakhir selepas netizen menemui akaun Instagram milik Hisham. 

Menerusi beberapa posting di laman Instagram, ramai yang terkejut kerana Imam sebenarnya mempunyai tubuh badan fikizal yang agak besar. Selain agak tinggi, badannya juga kelihatan tegap dan ‘sado’. 

HANNAH DELISHA & IMAM

Malah, terdapat banyak video yang mempamerkan dia sedang mempelajari ilmu silat, tinju dan muay thai. 

“Boleh tahan tinggi dia ni” – “Sado dan tinggi rupanya suami Hannah” – “Pergghh siap belajar silat,” tulis beberapa netizen. 

Difahamkan, Imam sebelum ini pernah menjelaskan dalam satu laporan media dimana dia lebih gemar menghabiskan waktu terluang dengan bersenam gimnasium atau berehat di rumah. 

Dalam masa sama, Imam juga menyatakan dia seorang yang pemalu dan lebih suka merahsiakan kehidupan peribadinya kepada awam. 

Untuk makluman, Hannah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Imam Shah di Singapura pada 18 Februari lalu, selepas mereka menjalinkan hubungan sejak 5 tahun lalu. 

HANNAH DELISHA & IMAM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saluran Youtube Bahasa Arab OMAR & HANA Cecah Lebih 100,000 Langganan

Tentang Gelak Gempak, Sebuah Program Pencarian Pelawak Komediri Baharu Astro