in ,

Fakta Menarik Tentang Muzik Video DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza

Selepas hampir tiga tahun tanpa sebarang album, Faizal Tahir akhirnya tampil dengan album keempat berjudul ‘Anatomi’ yang telah berada dipasaran sejak 4 November 2016 yang lalu. Apa yang pasti, Anatomi tampil berbeza berbanding tiga albumnya sebelum ini.

Anatomi merupakan album pertama Faizal bersama Warner Music Malaysia selepas berhijrah dari Monkey Bone Records. Kulit album ‘Anatomi’ Faizal yang unik ini telah menarik perhatian orang ramai dan menerima pelbagai kritikan dan kontroversi, namun album beliau telah berjaya dinobatkan oleh Apple Music sebagai salah satu album terbaik pada tahun 2016, pengiktirafan ini sekaligus meletakkan Faizal Tahir sebagai artis Malaysia yang pertama mendapat penghargaan sebegini.

Pada tanggal 2 April 2016, Celcom (Xpax) dan Yonder Music telah memilih Dato’Siti Nurhaliza untuk membawakan siri konsert Yonder Music Live, secara eksklusif bagi menyambut 20 tahun penglibatan beliau didalam industri muzik tanahair.

Konsert yang berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur ini telah diberi nama Dato’ Siti Nurhaliza & Friends, turut menampilkan persembahan duet dari artis-artis Malaysia dan juga serantau seperti Faizal Tahir, Hafiz Suip, Afgan, Anggun, Cakra Khan dan banyak lagi.

Kali terakhir berkongsi pentas bersama di Stadium Negara April lalu untuk Dato’ Siti Nurhaliza & Friends Concert, Dato’ Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir buat pertama kalinya, berkolaborasi menerusi lagu ‘Dirgahayu’.

Lagu ini merupakan lagu tema bagi drama Lara Aishah yang disiarkan oleh Astro Ria pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat. Drama terbitan Global Station ini dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Fasha Sandha (Aishah), Jasmin Hamid (Zurin), Nazim Othman (Iskandar), Shah Jaszle (Zack), Dayana Roza (Wani) serta ramai lagi. Drama 100 episod ini merupakan adaptasi daripada telenovela terkenal Mexico, La Loba pada tahun 2010.

Drama ini, mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang. Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya.

Lagu ‘Dirgahayu’ ini mengisahkan sepasang kekasih yang bercinta dimana cinta mereka tidak kesampaian kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang harus mereka lalui. Namun, mereka masih berharap agar cinta mereka akan berlanjutan jika jodoh itu milik mereka.

Kini, teristimewa untuk semua peminat setia Faizal Tahir dan Dato’Siti Nurhaliza, mereka dapat menyaksikan muzik video ‘Dirgahayu’ arahan Syahir Ismail dari LOKALAB, dimana muzik video berkonsepkan keagungan cinta yang akan terus mekar tidak ditelan masa.

Penggambaran muzik video ini hanya memakan masa selama 15 jam sahaja dan lokasi penggambaran di KTM Berhad, di mana sebuah bangunan yang mempunyai reka bentuk seni bina Moorish dengan menara tinggi dan gerbang.

Khas buat peminat Faizal Tahir dan Dato’Siti Nurhaliza, lagu ‘Dirgahayu’ keluaran Warner Music (M) Sdn Bhd, ini boleh dimuat turun pada semua digital platform.

Berikut merupakan link untuk lagu ‘Dirgahayu’ di :

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=sOvJ4vpBND8
Apple Music: https://itunes.apple.com/my/album/dirgahayu-single/id1141036328
Spotify: https://play.spotify.com/album/2WMkZeIGK93q7B8Y8D2WXA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Neelofa Akui Hubungan Dengan Fattah Amin Jadi Complicated

Tania Hudson Nafi Jadi Orang Ketiga Akui Hanya Berkawan Biasa Dengan Fattah Amin