in , ,

Dira Abu Zahar Nikahi Ahli Perniagaan

Selepas empat tahun bergelar ibu tunggal, Dira Abu Zahar, 36, bernikah dengan ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek, 46, di Melaka, pagi tadi.

Dira atau nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar sah bergelar isteri kepada Syfik dengan sekali lafaz di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi.

Dira menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang dan menerima mas kahwin RM1,000. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

DIRA ABU ZAHAR

Dira bersyukur fasa hidup baharu sudah bermula.

“Alhamdulillah, majlis berlangsung secara ringkas, tertutup dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Lebih istimewa abang saya, Muhd Idi Iskandar yang menikahkan kami,” katanya kepada BH Online.

Dira tidak menyangka diberi peluang sekali lagi menjadi isteri selepas empat tahun bergelar ibu tunggal. Foto Ihsan Dira Abu Zahar

DIRA ABU ZAHAR

Dira berkata, dia tidak pernah berfikir kembali memegang status isteri.

“Namun, Allah bagi rezeki dan peluang lagi. Insya-Allah saya akan berusaha menjadi isteri terbaik kali ini.

“Anak juga menerima baik kehadiran suami. Keluarga saya bertambah besar dengan kehadiran tiga anak lelaki daripada perkahwinan suami yang lalu,” katanya yang berkenalan dengan Syfik kira-kira setahun lalu.

Dalam perkahwinan pertama, Dira dikurniakan cahaya mata perempuan, Tengku Anggun Deandra dan mengambil anak angkat, Waris Iskandar Andiqa ketika berkahwin buat kali kedua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joox Membawakan Persembahan Eksklusif & Sesi Live Chat NU’EST & ONF

Mid-Year Sales Go Shop Tawarkan Diskaun Sehingga 60%!