Bukan itu sahaja, Malaysia juga disahkan turut menghulurkan bantuan secara tidak langsung dengan menggodam pengkalan data Israel melalui bantuan hacker dari Malaysia. Bukan itu sahaja, ‘tentera bawang’ atau netizen yang tidak henti menyerang laman Israel sekaligus turut memberi kesan kepada puak Zionis.
Terbaharu, selepas pelbagai laman di Facebook dan Twitter diserang secara konsisten oleh para netizen, laman Urban Dictionary sudah mulai menyertakan perkataan ‘koyak‘ dalam laman mereka beserta maksud serta cara penggunaan perkataan tersebut.
Untuk pengetahuan, Urban Dictionary merupakan sebuah laman dalam menyertakan perkataan-perkataan yang trending dan kerap digunakan netizen masa kini. Perkataan-perkataan ini boleh dimuat naik oleh para pengguna lain.
Agak mengejutkan melibatkan perkataan yang berasal daripada Bahasa Malaysia berjaya tersenarai dalam laman berkenaan. Walau bagaimanapun, melihatkan kepada ‘serangan’ yang dibuat netizen Malaysia segalanya tidak mustahil.
*Sumber: The Vocket