Penyanyi lagu Mimpi itu berkata, dia tidak mengambil mudah dalam isu keselamatan dan kesihatan.
“Saya membuat ujian calitan di sebuah klinik di Cheras sambil ditemani bapa, hari ini. Keputusan hanya akan diketahui dalam tempoh dua hari.
“Sekarang, saya berehat dalam bilik di rumah, sambil menunggu keputusan ujian calitan. Apapun terjadi, saya tawakal sahaja. Harapnya tiadalah berita tidak baik mengenai keputusan ini nanti,”
– Haqiem Rusli
Haqiem berkata, dia tidak mempunyai sebarang simptom atau tanda jangkitan pandemik COVID-19.
“Kali terakhir saya bertemu individu berkenaan sewaktu majlis pelancaran, Jumaat lalu.
“Sekalipun tiada tanda atau simptom, saya kena bertanggungjawab dan tak mahu mengambil risiko. Lagi pula, kes jangkitan pandemik COVID-19 semakin meningkat sekarang,”
– Haqiem Rusli
Katanya, dia sedaya upaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga penjarakan fizikal.
“Saya takut apabila harus melalui proses ini. Lebih cuak menunggu keputusan ujian calitan.
“Inilah kali pertama membuat ujian calitan dan agak menyakitkan pada saat dimasukkan tiub ke dalam rongga hidung,”
– Haqiem Rusli
Dalam pada itu, artis naungan FMC Music itu berharap masyarakat terus menjaga diri dan duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar.
“Kita harus bertanggungjawab atas diri dan orang yang tersayang,” katanya.
– Haqiem Rusli
*Sumber: BH Online