in ,

Dipercayai Ikut Mandikan Jenazah Pesakit Covid-19, Satu Keluarga Di Indonesia Diserang Demam

Sebuah keluarga di Makassar, Indonesia dilaporkan mula diserang demam selepas salah seorang daripada ahli keluarga mangsa Covid-19 yang meninggal dunia pada 15 Mac lalu itu ikut memandikan jenazah tersebut.

Wanita tersebut berasal di wilayah ini. Ketua kampung itu juga melaporkan, buat masa ini, wanita itu sedang dikuarantinkan bersama keluarganya yang lain di rumah.

“Wanita itu telah dibawa ke pusat kesihatan selepas mengadu demam. Suhu tubuhnya telah mencecah 37.5. Keadaan anak dan suaminya kini semakin memburuk,” ujar ketua kampung.

Untuk menghindari daripada menular dengan orang berdekatan, dia telah meminta wanita tersebut serta ahli keluarganya untuk tidak keluar daripada rumah. Orang ramai di sekitar kejiranan itu diminta supaya menjauhi kawasan rumah wanita itu.

“Saya masih menunggu kehadiran pasukan perubatan. Ini kerana, kita belum tahu lagi keadaan sebenarnya sama ada dia telah dijangkiti mahupun belum,” kata ketua kampung tersebut.

Menurutnya, wanita itu, suami serta anaknya mula diserang demam sejak malam tadi. Berikutan dengan itu, dia terus dibawa ke pusat kesihatan untuk melakukan pemeriksaan suhu badan pada pagi tadi.

“Hasil daripada pemeriksaan itu, suhu tubuhnya dicatatkan setinggi 37.5. Agak tinggi juga. Tadi dia ada beritahu bahawa anak serta suaminya juga turut demam. Keadaan mereka semakin teruk,” jelasnya.

Menurutnya lagi, wanita itu merupakan saudara angkat mangsa Covid-19 yang telah meninggal dunia pada 15 Mac lalu. Dia telah ikut sama untuk memandikan jenazah saudaranya itu bersama beberapa orang yang lain.

“Ya, dia ikut memandikannya,” katanya.

Selain simptom demam, ketua kampung itu berkata bahawa tiada simptom lain yang ditunjukkan oleh suami dan wanita anak itu.

Dia juga turut menyatakan bahawa, situasi di Jalan Mallengkeri sedang dalam keadaan panik ketika ini. Dia juga kini sedang berusaha untuk menenangkan penduduk di kawasan itu.

Pihak berkuasa juga telah dikerahkan ke kawasan tersebut bagi memasang pembatas agar tiada orang mendekati kawasan rumah keluarga tersebut.

“Yang kami sedang tunggu ini adalah petugas kesihatan. Laporan telah pun dibuat, tapi mereka tidak datang-datang lagi,” tambahnya.

Sumber: Kaskus

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tangan Fazura Melecur Akibat Terkena Minyak Panas, Ini Reaksi Fattah Amin

COVID-19: Haniff Derma Sebahagian Wang Gaji Untuk Penggiat Seni