MAJLIS SIDANG MEDIA & PELANCARAN MUZIK VIDEO DAN MINI ALBUM ‘DIOR – BABY I NEED YOU’
Majlis Sidang Media dan Pelancaran Album Mini serta Muzik Video ‘DIOR – Baby I Need You ‘ telah diadakan di Neway Karaoke, Berjaya Time Square pada hari Khamis, 17 Mei 2012 yang lalu. Majlis ini dianjurkan oleh Diovulus Entertainment, syarikat milik Dior dan juga Dioratic Fan Club (kelab peminat Dior) dengan kerjasama oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Sekretariat Hari Belia 2012, Neway Karaoke, Geumhong Korea Gingseng, KMT Food & Beverage Trading dan Miroette Production dan Izs Lens de Couture.
Majlis yang bertemakan santai ini diacarakan oleh Zuan, wartawan program Melodi TV3. Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan persembahan dari Dior iaitu Baby I Need You dan juga Hari Demi Hari duet bersama dengan Noraniza Idris dan Karen Tan (AF4).
Muzik Video ‘Baby I Need You’ dimainkan sebagai gimik pelancaran, dimana ia merupakan hasil buah tangan dari ‘Miroette production’ ,penggiat seni fotografi & videografi muda dari Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU). Video Karaoke ‘Baby I Need You’ juga telah dimuat naik di dalam system Karaoke Neway yang canggih itu. Majlis berjalan cukup sempurna dengan dihadiri penaja-penaja, rakan media , rakan artis & peminat-peminat Dior dari Dioratic Fans Club.
Majlis sidang media juga diadakan dengan bersahaja dengan dipanelkan oleh En.Yoo Seung Bok (penaja Dior ke Korea sebagai duta Geumhong Ginseng Korea), Noraniza Idris , Karen Tan & Dior selaku Penerbit Album. ‘Hi Tea Buffet’ ditaja oleh pihak Neway Karaoke.
“Dior sememangnya menguruskan ativiti seni Dior sendiri tanpa syarikat rakaman yang mewakili Dior. Dibawah label Diovulus inilah Dior membuat program untuk lebih dekat dengan peminat-peminat dan salah satunya majlis pelancaran album mini ini. Dior mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga, teman-teman rapat , teman-temnan Media dan juga peminat-peminat Dior yang menjadi pemangkin kejayaan Dior sekarang ini” kata Dior.
MENGENALI DIOR
Mohd Shahril bin Shaari ataupun lebih dikenali sebagai Dior merupakan seorang penyanyi, komposer dan juga penari yang berani dan sukses menjadi penyanyi rakaman dalam genre Fusion Pop Dance. Pada usia 29 tahun, Dior merupakan antara penyanyi remaja kegilaan ramai di Malaysia.
Selepas menimba seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan mengenai persembahan pentas dan industri hiburan, anak muda yang lahir pada 29 September ini mengambil peluang untuk muncul di dalam industri melalui single ‘Mengharap Sinar’ yang berjaya sampai ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik 2008.
Dior yang pernah memenuhi undangan pesembahan di beberapa buah negara negara seperti China, Brunei, Indonesia dan Singapura, kini aktif dengan muzik bergenre ‘Kpop’(Pop Korea). Ini kerana gaya persembahan Dior yang selari dengan muzik ‘KPOP’, beliau kemudian mengambil langkah lebih berani untuk menghasilkan muzik yang sama dengan penggunaan bahasa korea untuk menembusi di pasaran antarabangsa, bermula dengan mengeluarkan single ‘Pergi! 떠나다! ‘ & Baby I Need You.
Sebagai Perintis dalam Music Korea di Malaysia, Dior juga terlibat dalam ASIA MODEL FESTIVAL AWARDS 2011 di Gangnam, Seoul dan POP’S CONCERT 2011 di Geumsan, Korea di mana Dior telah diangkat sebagai penyanyi Antarabangsa yang ligat mempromosikan budaya dan muzik Korea. Beliau juga telah menjayakan persembahan yang dianjurkan oleh organisasi Korea di Malaysia dan juga di Korea.
ALBUM ‘DIOR- BABY I NEED YOU’
Album ini mengandungi 4 buah track bersama dengan 1 muzik video dan fail AVI (untuk kegunaan komputer – boleh melihat gambar, profil Dior).
Lagu – lagu yang terdapat dalam album ialah:
1- Baby, I Need You (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris)
2- Pergi! 떠나다 ! (duet with Seung J)( Bahasa Melayu & Bahasa Korea)
3- Mengharap Sinar (Melayu)
4- Hari Demi Hari (duet Noraniza Idris & Karen Tan) (Bahasa Melayu & Bahasa Cina)
〉 Baby, I Need You:
Komposer dan lirik : Dior, Music Master: Baha (Azhar).
Lagu cinta ala Korea dengan tempo sederhana gadungan lirik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Korus). Diinspirasi dari lagu Balada Korea yang menyatakan perasaan cinta kepada pasangannya.
〉 Pergi! 떠나다 !:
Komposer dan lirik: Dior , Music Master: Rafikoncept.
Lagu berentak Korean Pop Dance dengan tempo yang laju dinyanyikan oleh Seung J (Bahasa Melayu) dan Dior (rap Korea). Lagu yang diinspirasi dari Korea & Britain Pop Dance ini mengisahkan mengenai perasaan benci dan rasa tersisih kepada mereka yang membawa perasaan kurang senang pada orang lain.
〉 Mengharap Sinar
Komposer: Dior & Khairafik Khairudin. Lirik: Dior. MusicMaster by Rafikoncept
Lagu yang memaparkan kisah cinta yang mendalam ini diinspirasi daripada campuran elemen jawa dan melayu tradisional yang diolah sebagai satu genre baru. Lagu ni berhasil mampu pergi jauh dalam pasaran antarabangsa dan persembahan-persembahan berskala besar. Ia juga pernah dimainkan di radio radio di Singapura, Indonesia dan Brunei.
〉 Hari Demi Hari
Komposer: Dior & Noraniza Idris. Lirik: Dior & Ahmad Fedtri Yahya. Music Master olehZahid.
Ciptaan hebat gabungan elemen melayu dan opera muzik tradisional Cina ini diinspirasi oleh lagu melayu tradisional dan lagu opera ‘semangat’ masyarakat Cina. Lagu ini menggabungkan paduan suara Dior & Noraniza Idris (Ratu Etnik Kreatif) dalam Bahasa Melayu manakala Karen Tan (AF4) di dalam Bahasa Cina.
PROMOSI & PENJUALAN ALBUM
Album ini akan dijual menerusi talian maya melalui facebook dan blog milik Dior dan album akan dihantar melalui pos. Sesi promosi album akan diadakan melalui Road Tour di seluruh Malaysia dan tidak ketinggalan di Korea, bergandingan dengan geumhong Geumsan Ginseng Korea dan Badan Pelancongan Malaysia.
Mini Album ‘DIOR-Baby I Need You’ ini berharga RM 15 termasuk dengan kos penghantaran. Untuk membeli album ini, boleh membuat tempahan melalui Facebook Dior iaitu Dior Kasu ataupun boleh menghubungi Cik Baby menerusi talian 017- 6494754 atau talian facebooknya BabyNurul Ain.
Muat turun dan ‘ringtone’ boleh didapati melalui:
Malaysia: Digi, Hotlink & U-mobile
Antarabangsa: Reverbnation.com.