Pelakon Dini Schatzmann tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata apabila menerima hadiah istimewa daripada kekasih hatinya, Janna Nick sempena hadi jadinya.
Menerusi video dikongsikan di Instagram, Dini dilihat pada mulanya tidak percaya hadiah pertama diterima merupakan sebuah kamera.
Difahamkan Janna pada mulanya melakukan ‘prank’ dengan menghadiahkan Dini sebuah kamera berspefikasi rendah dan reaksi pelakon drama Marry Me Senorita itu kelihatan agak sedikit terpaksa untuk menerimanya.
Momen-momen tersebut turut dikongsikan Janna menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.
Prank him on his birthday! Saya memang tak reti beli barang-barang gadget-gadget ni. Kalau camera atau phone ke apa memang Dini yang akan buat research dan beli.
Jadi di hari jadi dia saya beli camera paling low spec sebab nak suprise dia. Dia tahu camera tu low speck tapi dia terpaksa pura-pura suka sebab saya dah beli.
– Janna Nick
Namun, Dini dilihat terkejut dan menangis apabila Janna memberitahu hadiah sebenarnya adalah sebuah kamera berspefikasi tinggi bersama lensa zoom bernilai RM23,133, namun masih belum sampai lagi.
Malah, dalam satu resit dilampirkan Janna Nick, dia turut membeli sebuah lagi lensa bernilai RM3,499 yang ditempah, menjadikan harga hadiah tersebut lebih RM26,000.
Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi pengikutnya yang turut sebak melihat video tersebut. Malah, ramai mengatakan Dini saangat bertuah memiliki kekasih yang romantis.
Terdahulu, Janna dan Dini mula menjalin kasih ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku sekitar tahun 2019 yang lalu.