Roy atau nama sebenar, Mohammad Rauzan Alwi berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada jangkitan kuman dalam paru-parunya.
“Pada mulanya, saya sekadar sesak nafas. Jadi, saya pergi ke sebuah klinik.
“Bagaimanapun, doktor mencadangkan saya mendapatkan pemeriksaan lanjut di sebuah hospital berdekatan.
“Tanpa berfikir panjang, saya terus ke Hospital Banting. Saya fikir sesak nafas biasa.
“Namun, selepas pemeriksaan ada jangkitan kuman dalam paru-paru dan saya terus dimasukkan ke wad,”
– Roy
Roy berkata, pernafasannya masih belum pulih dan tidak mampu bercakap banyak.
“Disebabkan ada jangkitan kuman, rawatan segera diperlukan. Cuma saya tidak tahu berapa lama saya dirawat di wad ini,” katanya.
– Roy
Bekas peserta program Gegar Vaganza (GV) musim keenam ini memberitahu, dia turut menjalani ujian saringan COVID-19.
“Semalam saya melakukan ujian saringan wabak itu dan masih menunggu keputusan.
“Kalau positif, saya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Harap-harap janganlah begitu,”
– Roy
Tambah Roy, ini pengalaman pertamanya sesak nafas.
“Saya tiada penyakit kronik. Saya harap boleh cepat sembuh dan teruskan kehidupan seperti biasa,”
– Roy
Sementara itu, ramai kenalan artis seperti Nizam Laksamana berkongsi berita kesihatan Roy dan mendoakan agar cepat sembuh.