in

DiGi The Next Level – Impian Bakal Tertunai

DiGi THE NEXT LEVEL – IMPIAN BAKAL TERTUNAI

Para usahawan kini berpeluang untuk membawa idea perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya dalam rancangan terbaru ntv7 bersama-sama DIGI
Panggilan untuk semua bakal usahawan! Sekiranya anda berumur 25 tahun hingga 38 tahun, memiliki idea bernas dalam bidang perniagaan di samping berkeinginan untuk pergi jauh, jadi jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk menyertai DiGi The Next Level.

Ditaja oleh DiGi, sertailah program realiti menarik ini yang dijadualkan akan bersiaran di ntv7, stesen urban pilihan ramai pada slot perdana, jam 8.30 malam, setiap Rabu mulai 7 Julai 2010. Jadi, gunakanlah peluang anda sehabis baik untuk beraksi di televisyen tempatan dan anda bakal memenangi wang sebanyak RM50,000 untuk memulakan perniagaan yang anda impikan selama ini!

Selain dari hadiah dalam bentuk wang ringgit, pemenang juga akan berpeluang merasai pengalaman menguruskan perniagaan dalam pelbagai aspek selain mendapat bantuan selama 12 bulan dari DiGi selepas tamat program tersebut.

Sementara DiGi The Next Level merupakan platform terbaik untuk melaksanakan perniagaan impian anda, usahawan kecil dan sederhana turut digalakkan untuk menyertai rancangan ini.

Hanya lapan peserta akan dipilih untuk menyertai rancangan ini. Peserta akan diuji dalam semua aspek perniagaan kreatif, termasuklah Innovasi, Penjenamaan, Perhubungan Awam dan Semangat Kumpulan.

Lebih unik, program realiti yang bertemakan perniagaan ini tidak mempunyai pusingan penyingkiran – peserta akan dinilai dari jumlah markah terkumpul untuk setiap cabaran. Tentunya, ia memberikan pendedahan yang maksimum kepada kesemua lapan peserta dalam aspek yang menyeluruh mengenai pengurusan perniagaan.

Dua orang juri utama adalah Khailee Ng, pembantu pengasas Youth Asia dan Dzulkifly Aminuddin, Ketua Pengusaha dan Profesional Muda untuk Segmen Produk dan Pemasaran DiGi.

Satu-satunya pusingan penyingkiran akan diadakan pada episod akhir yang akan ditayangkan secara langsung pada September 2010 iaitu malam kemuncak mengenai juara rancangan. Untuk cabaran terakhir, peserta akan mencipta dan mempersembahkan usul terperinci mengenai cabaran dan pengalaman yang telah mereka lalui sepanjang penyertaan mereka.

Untuk menjadi peserta, anda boleh menghadiri sesi uji bakat atau menghantar aplikasi anda melalui penghantaran video atas talian. Bagi mendapatkan informasi yang lebih lanjut atau tujuan pendaftaran, sila layari www.ntv7.com.my/digithenextlevel

Untuk aplikasi video atas talian, sila daftar di www.ntv7.com.my/digithenextlevel dan sertakan video berdurasi 2 minit hingga 5 minit mengenai idea perniagaan anda sebelum 15hb April 2010. Pastikan format video anda dalam bentuk AVI, MOV, MPEG, MP4 atau WMV. Juga, jangan lupa untuk sertakan pengenalan mengenai diri anda, latar belakang dan sedikit informasi mengenai perniagaan yang anda miliki atau yang anda impikan.

Sekiranya berminat, jangan lupa untuk temui kami di sesi ujibakat pada 10hb April 2010, 10.00 pagi di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya. Bawa bersama borang penyertaan yang lengkap, salinan MyKad dan bahan-bahan yang akan membantu anda di sesi uji bakat tersebut.

Kreativiti, innovasi dan personaliti adalah elemen penting yang dicari oleh panel juri. Peserta yang berjaya akan dimaklumkan oleh pihak produksi melalui emel dan panggilan telefon. Untuk informasi lanjut, tolong layari www.ntv7.com.my/digithenextlevel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Partners Lotus Racing

Senarai Pemenang Anugerah Parti Hip TV