Katanya, Aisar Khaledd banyak kali berjanji untuk memberikan hadiah kepada pengikut media sosialnya tetapi janji hanya tinggal janji.
Sedar namanya menjadi sebutan, Aisar menerusi hantaran di Instagram memohon maaf jika dirinya ada memberi harapan kepada sesiapa.
Aisar mengaku meminta pengikut media sosial atau penonton live komen perkataan tertentu dan akan berkongsi rezeki dengan mereka.
Tetapi, dia hanyalah orang biasa dan rezeki yang dikongsi setakat yang mampu sahaja.
Dia berjanji akan perbaiki kesilapan diri dan melakukan yang terbaik untuk semua selepas ini. Katanya lagi, dah 3 tahun Aisar membuat content begini dan tiada masalah yang timbul.
Saya nak minta maaf kalau sebelum ni saya ada terbagi harapan. Sebelum ni takde masalah mungkin ada beberapa isu membuatkan isu ni panas.
– Aisar Khaled
Nombor dua saya nak minta maaf kalau ada terlepas pandang, mungkin ada yang patut dapat RM 50 ke RM 100 ke saya terlepas pandang.
Tambahnya, baru-baru ini sahaja kecoh dan mungkin ada kesilapan dari pihaknya sendiri. Dia berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik agar dia dapat terus membantu golongan yang memerlukan.