SATU demi satu kontroversi melanda pelakon kecil molek Elfira Loy. Bermula dengan isu putus tunang bersama penyanyi Sufian Suhaimi, kini Elfira dituduh pula sebagai penyebab pasangan Bella Dally dan Nazim Othman bercerai.
Gadis berusia 24 tahun itu menganggap tuduhan itu sebagai satu perkara yang sangat mengarut walaupun dia sememangnya berkawan rapat dengan pasangan itu sejak dulu lagi.
“Hanya kerana sekeping foto yang dimuat naik, pelbagai spekulasi timbul. Mungkin ini berlaku kerana Bella dan Nazim memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan mereka,†kata Elfira ketika ditemui oleh pihak BH Online.
Bukan sahaja peminat yang terkejut dengan berita penceraian itu, malah Elfira juga tidak menyangka mereka sudah berpisah dan hanya mengetahui tentang perkara itu melalui media sosial sahaja.
Menurut pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma itu, foto yang diambil olehnya bersama Nazim itu ialah selepas mereka bercerai dan dia juga tidak menyangka bagaimana spekulasi murahan sebegitu boleh timbul.
“Saya harap tuduhan seperti ini tidak timbul lagi. Bagi saya ia bersifat kebudak-budakan,†ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Elfira percaya bahawa kedua-dua sahabat baiknya itu pasti sudah berfikir panjang untuk meneruskan penceraian selepas berbincang sesama mereka.
Dakwaan mengarut itu telah ditimbulkan oleh netizen yang tidak bertanggungjawab selepas berita penceraian berkenaan dimaklumkan oleh Bella dan Nazim di akaun Instagram mereka pada 1 Ramadan lalu.
Akibat berita tidak disangka itu, ramai peminat dan rakan selebriti juga terkejut dengan apa yang terjadi serta mereka turut mendoakan kebaikan buat Bella dan Nazim di masa akan datang.