Turut menjadi perhatian, Sarah Yasmine turut berkata dia mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ruhainies apabila dia dituduh meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff.
Sebaliknya Sarah berkata dia yang ada bersama Aliff dan Ruhainies tahu mengenai perkara itu serta sebelum ini mengatakan mahu mengundurkan diri.
“Dalam rakaman perbualan Ruhainies itu ada sebut Sarah etak barang dalam air atau apa pada Aliff sebab itu boleh dapat ‘conversation’ itu.
– Sarah Yasmine
“Saya pun tak tahu kenapa dia cakap macam itu sebab dia tahu saya bersama dengan Aliff. Kami dah berbual dan dia sendiri bagitahu nak berundur.
“Kenapa nak fitnah saya letak ‘barang’ dalam air Aliff. Tak perlulah fitnah. Macam saya cakap, perkara yang awak katakan itu fitnah. Bolehkah kalau saya saman awak RM5 juta?â€
Dalam pada itu, Sarah turut mendedahkan rakaman perbualan dimana Aliff sendiri yang memberikan telefon kepadanya.
“Saya sebenarnya tak takut (disaman) sebab pemilik sendiri (Aliff) bagi telefon itu kepada saya cakap saya boleh guna atau ambil bahan dalam tu.
“Saya ada rekod percakapan pasal perkara itu (kebenaran), tapi sepatutnya itu hanya untuk saya dengarkan kepada adik Aliff, Aisyah,†katanya.