Semasa 3 hari di Singapura, Budiey berpeluang menemubual seorang penyanyi lelaki, Didicazli namanya. Seingat Budiey, beliau pernah datang ke Malaysia untuk mempromosikan album beliau pada tahun 2009. Tapi Budiey tak berpeluang untuk bertemu dengan beliau.
Pertemuan dengan Didicazli dirancang oleh pihak Life Records Singapura di Cash Box Family Karaoke, Cuppage Plaza, Orchard Road pada 27 Disember lalu. Didicazli sebenarnya dilantik sebagai duta pusat karaoke tersebut selama 2 tahun kontrak. Jadi, sambil makan-makan, kami boleh berkaraoke di sini bersama Didicazli.
Kalau nak tahu, Didicazli ni dicungkil bakatnya semasa beliau menjadi vokalis kumpulan Dikir Barat. Haa, jangan tak tahu, kat Singapura pun ada pasukan Dikir Barat yang tak kurang femes kat sana.
Menurut Didicazli, beliau bukan tak mahu terlalu expose dan buat promosi di Malaysia. Jauh di sudut hatinya, dia mahu betul-betul dikenali di Singapura dulu, barulah boleh mengembangkan nama di luar negara. Budiey rasa dengan bakat vokal dan boleh mencipta lagu, beliau boleh mengembang nama di Malaysia seperti Imran Ajmain. In fact, sebahagian besar lagu yang terkandung dalam albumnya adalah hasil dari ciptaan beliau sendiri. Cuma mungkin masa dan peluang serta nasib kena diambil kira jugak.
Terbaru, Didicazli baru sahaja melancarkan sebuah album kompilasi plus dua buah single terbaru dalam bentuk VCD dan DVD. Untuk melariskan lagi album ini, Didicazli mencipta sendiri lagu-lagunya dan diterbitkan pula oleh penerbit dari Indonesia. Sekaligus, ini dapat memperkenalkan Didicazli di Indonesia. Menurut Didicazli, sokongan Singapura dan Indonesia sangat menggalakkan.
Proses mencipta lagu untuk album terbaru ini bermula pada bulan Januari tahun lepas dan dirakam di Indonesia. Album ini diterbitkan Ryan S. Pitna yang turut terkenal dengan sebagai penerbit untuk penyanyi terkenal di Indonesia.
Ciptaan lagu Didicazli yang kedua ciptaan Berteman Rindu diterbitkan oleh Irwan Simanjuntak yang pernah menerbitkan album Anuar Zain.
Sebagai rangka promosi di Indonesia, Didicazli turut terbang ke Indonesia untuk menyanyi di beberapa showcase. Di sana, Didicazli ada buat persembahan di 5 tempat.
Lagu Berteman Rindu duet bersama penyanyi Indonesia, Gisel adalah langkah percubaan untuk memperkenalkan diri di Indonesia. Menurut Didicazli, idea dan inspirasi semasa mencipta lagu diambil dari pengalaman yang dilalui oleh kawan-kawannya. Lagu Dambaan pula turut dimuatkan dalam filem Si Rempit yang dipilih sebagai lagu runut filem tersebut.
Menurut Didicazli, perjalanannya untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya perlu melalui jalan yang berliku. Ada satu ketika beliau merasa sangat hampa dengan lagunya yang tak mampu menarik minat pendengar. Namun, mungkin dengan berkat Didicazli bersedekah hasil dari duit simpanannya kepada Rumah Anak Yatim Al-Jamiah. Alhamdulilah selepas 6 bulan, lagunya meletop di radio dan memasuki carta radio. Alhamdulilah, Didicazli percaya dengan rezeki Tuhan.
Beliau masih lagi pelajar di Singapore Institute Management. Cuma sekarang, Didicazli tengah bercuti untuk buat promosi album.
Menyentuh tentang perkahwinan, DIdicazli menyatakan beliau berhasrat mahu bernikah di Masjidil Haram. Menurutnya, beliau pernah mengerjakan umrah pada tahun lalu. Di sana beliau kagum dengan keindahan dan kedamaian di sana. Selepas pergi ke sana, Didi berhajar untuk ke sana lagi bersama dengan kekasihnya. Beliau memilih untuk bercinta dengan orang yang bukan dalam industri hiburan. Buat masa ini, Didi masih lagi berkawan dan dalam peringkat mengenal seseorang.