in , ,

Didi & Friends The Movie Beri Kejutan di Pawagam 23 Februari Ini

Bukan sekadar nyanyian, Didi, Nana dan Jojo tampil dengan aksi penggembaraan buat pertama kali

Setelah 12 tahun, sebuah francais media belajar sambil berhibur terkemuka di Malaysia, Didi & Friends kini mengorak langkah kehadapan apabila bakal muncul dengan filem pertama mereka Didi & Friends The Movie yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 23 Februari ini. 

Filem pengembaraan animasi muzikal ini diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC ) tampil berbeza dan menjanjikan animasi yang bukan sahaja menarik minat kanak-kanak tetapi juga penonton dewasa. 

Didi & Friends The Movie Beri Kejutan di Pawagam 23 Februari Ini

Didi & Friends The Movie juga mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dalam pembikinan lagu & muzik latar orkestra dalam filem ini. Sebanyak 6 lagu telah dirakamkan bersama MPO/DFP yang bertajuk Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise termasuk Hora Horey Instrumental yang menjanjikan kepuasan halwa telinga buat penonton nanti. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata “Melihat kejayaan dan sambutan luar biasa terhadap filem animasi tahun lalu, kami bersedia untuk mempersembahkan sebuah lagi filem animasi terbaru Didi & Friends The Movie dari jenama animasi popular Malaysia pada penggal pertama tahun ini. Kami juga amat berbesar hati buat julung kali berpeluang bekerjasama dengan nama besar dalam industri animasi negara iaitu Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam menerbitkan filem tempatan. Kami tidak teragak-agak untuk terlibat dalamusahasamainikerana percaya ia mampu menghasilkan sebuah lagi karya terbaik serta memberi sokongan padu pada industri animasi tempatan. Di samping itu, turut mengujakan, filem ini juga memperlihatkan kerjasama pertama kali dengan organisasi bertaraf antarabangsa, Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) & Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP). Kami yakin filem Didi & Friends The Movie bakal menambat hati penonton dengan kualiti produksinya serta kandungan yang dipersembahkan berbeza dengan filem Didi & Friends terdahulu yang hanya tertumpu pada lagu. Kami harap kehadiran filem ini dapat menimbulkan rasa keterujaan buat penonton seperti mana pihak kami teruja untuk mempersembahkannya di layar perak bermula bulan hadapan.” 

Didi & Friends The Movie Beri Kejutan di Pawagam 23 Februari Ini

Video teaser yang menampilkan kemunculan Didi berdurasi 30 saat telah dikongsikan pada 28 Disember lalu telah menerima reaksi positif daripada peminat dan penonton. Sesuai dengan ayat di pengakhiran video tersebut ‘Melangkah ke dunia baru’ yang memberikan gambaran bahawa Didi & Friends The Movie adalah berbeza dari siri Didi & Friends sebelum ini. Antara komen-komen di media sosial adalah seperti: 

  • 1)  Aduh aku yang berumur 15 nih tiba-tiba excited pula – @dhia.0708
  • 2)  Cuti sekolah lagi ni masa ni. Mesti kena bawa kids ni…baru tengok iklan dah ajak skang pegi wayang
    – @nor_azrin
  • 3)  Next level betul ea @didiandfriends – @faridahidrish
  • 4)  Best gila tengok detail topi ngan bulu dia x sabar nak tengok – @daniff_aliff
  • 5)  Lain mcm quality gambar didi n friends the movie… tahniah @warnakala_studios
  • 6)  Aku baru je borak dgn husband semalam Didi & friends tak nak buat movie ke? Nak bawa anak tgk wyg.
    Ya Allah, Kau dengar isi hati aku – @dyra_noor
  • 7)  The animated feathers on Didi are of higher quality. Looks more detailed. A lot of work and time must
    have gone into making the movie. Good luck guys! – @luxent_X
  • 8)  WAH!!!!! YES!!!! finally my favourite musical cartoon getting their own movie!!!! – @mumtzis
    Menurut Hairul Sofian, Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, beliau meletakkan produksi Didi & Friends The Movie ini sebagai sangat LUAR BIASA.
    “Kami percaya, kerja kolaborasi merupakan faktor yang sangat penting dalam penghasilan karya yang terbaik. Astro Shaw, antara perintis dalam industri perfileman, menjadi rakan strategik Warnakala Studios dalam penerbitan filem Didi & Friends ini. Selain itu, MDEC dan Digital Durian juga memberi sokongan sejak dari hari pertama Didi & Friends bermula. Saya juga amat berbangga dengan hasil sentuhan Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin sebagai Pengarah filem ini. Mereka berdua mempunyai kepakaran dan banyak idea kreatif dan saling membantu. Kami juga amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) / Dewan Philharmonic PETRONAS (DFP) dalam pembikan lagu-lagu untuk filem ini, yang dipimpin oleh Saiful Ridzuan (Duan) sebagai Pengarah Muzik yang berbakat besar serta berpengalaman luas. Lagu-lagu ‘catchy’ dalam filem ini saya pasti bakal menjadi tular. Terakhir sekali, saya amat berterima kasih kepada WAU Animation dan FINAS atas komitmen mereka sepanjang pembikinan filem ini”. 

Bertambah menarik, beberapa watak baru telah diperkenalkan yang penampilkan pelakon suara daripada selebriti terkemuka tanah air seperti Dato’ Awie sebagai Tok Chip, Amelia Henderson sebagai Kapten Zoey, Waris sebagai Torra dan Ruminah Sidek sebagai Nek Kura di samping barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain. 

Didi & Friends The Movie Beri Kejutan di Pawagam 23 Februari Ini

Didi & Friends The Movie juga mendapat sentuhan hebat daripada Saiful Ridzuan atau Duan selaku Pengarah Muzik, yang terdahulunya menjadi Pengarah Muzik Olabola dan Puteri Gunung Ledang Muzikal telah menerajui rakaman tersebut termasuk dua lagu lain iaitu Irama dan Lagu dan Kapten Zee & Crew. 

Sebanyak 11 lagu telah dimuatkan dalam filem ini, termasuk sebuah lagu yang bertajuk Luar Biasa dinyanyikan dan digubah oleh penyanyi terkemuka Hael Husaini. Turut dimuatkan lagu Kembali Bersama yang dinyanyikan oleh kumpulan Modescape dan digubah oleh Shah, anggota kumpulan tersebut.” 

Didi & Friends The Movie bermula apabila keterujaan Didi bertukar menjadi kekecewaan apabila Pak Atan melarangnya mengikuti pengembaraannya dan tinggal di Pekan Horey bersama rakan-rakannya yang lain. Pak Atan & Pak Beruang terpaksa pergi ke Dunia Muzika untuk mencari penawar ajaib bagi mengubati Pak Beruang yang tiba-tiba sakit.

Didi & Friends The Movie Beri Kejutan di Pawagam 23 Februari Ini

Didi berdegil dan akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke Dunia Muzika seorang diri. Tetapi Nana dan Jojo mempersoalkan keputusan Didi untuk pergi sendiri dan kemudian mereka juga menyertainya. Berbagai cabaran menanti mereka di dalam Dunia Muzika, termasuk bahaya besar berdepan dengan lanun langit yang menakutkan bernama Torra. Siapakah Torra? Apakah penyakit yang dihadapi oleh Pak Beruang? Dapatkah Didi, Nana dan Jojo mendapatkan penawar tersebut? Jawapannya di pawagam pada 23 Februari 2023. 

Inilah saat yang ditunggu-tunggu. Dibawakan khas untuk semua, Didi & Friends The Movie! Sama-sama kita melangkah ke dunia baharu, di pawagam 23 Februari 2023 ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip- klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak dan Didi & Friends. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Datin Ezzan AWESOME TV

Pembabitan Ira Kazar Dalam Perang Dingin di Awesome TV Dipersoalkan

CARNIVAL

Single Baharu Carnival Jadi Penutup Tirai Tetralogi Siri Video Muzik Timur