Siri lagu kanak-kanak popular, Didi & Friends buat julung-julung kalinya memperkenalkan saluran lagunya yang pertama di Malaysia! Menerusi kerjasama Astro First,20 buah lagu baru yang dihasilkan khas untuk peminat setia Didi & Friends bakal menemui penonton Astro di rumah mulai Khamis, 26 Mei 2016 ini, di mana anak-anak dan ibu bapa berpeluang menyanyikan dan menari kesemua lagu-lagu terbaru ini secara eksklusif di saluran 480. Menerusi langganan serendah RM 15.90 (termasuk GST), pelanggan Astro boleh menyanyi bersama Didi dan rakan-rakannya tanpa henti, pada bila-bila masa sahaja selama lima hari berturut-turut.
Jom Menyanyi dan Menari di Saluran Lagu Didi & Friends
Saluran istimewa ini turut membolehkan penonton di rumah menyanyikan kesemua 46 lagu Didi & Friends termasuklah 20 lagu baharu sama ada menggunakan pilihan vokal atau karaoke, yang boleh dipilih menerusi pilihan audio di alat kawalan jauh Astro masing-masing. Dengan tagline ‘Jom Nyanyi! Hora Horey!’, kesemua 20 lagu baharu dalam Bahasa Malaysia ini merupakan adaptasi lagu kanak-kanak dan rakyat popular daripada bahasa lain termasuklah Tepuk Amai Amai, Jambatan Sedang Roboh (Lagu Bahasa Inggeris – London Bridge), Keldai Comel (Lagu Bahasa Mandarin – Xiao Mao Lu), Pak Beruang (Lagu Bahasa Tamil – Karadi Mama) dan juga Bermain Dalam Bulatan (Lagu Bahasa Indonesia – Bermain Dalam Lingkaran).
Sharmin Parameswaran, Penolong Kanan Naib Presiden, Saluran Astro First & Astro Best berkata, “Kami amat gembira apabila siri Didi & Friends yang disiarkan di saluran Astro Ceria sejak Disember lalu mencatat sejarah sebagai program kanak-kanak paling banyak ditonton di kesemua saluran Astro. Ibu bapa di luar sana memberikan maklum balas positif di mana anak-anak mereka cukup terhibur dengan lagu-lagu yang dinyanyikan Didi dan rakan-rakannya dan rata-ratanya mahukan lebih lagi kandungan. Maka dari situ, tercetuslah idea untuk menghasilkan saluran karaoke ini di mana ia memberi peluang kepada anak-anak di rumah menyanyikan lagu-lagu Didi & Friends yang biasa mereka dengari. Kami begitu teruja menantikan reaksi anak-anak dengan adanya edisi karaoke istimewa ini.
Peminat Didi & Friends turut boleh merasai pengalaman saluran karaoke ini secara eksklusif di acara Fun Escapade 2016, 28 dan 29 Mei 2016 ini bertempat di Sunway Pyramid. Selain booth karaoke Didi & Friends, pengunjung juga boleh beramah mesra dengan maskot Didi & Friends yang akan menemui adik-adik semua. Pelbagai aktiviti pentas melibatkan Didi & Friends turut menawarkan hadiah menarik untuk dimiliki pengunjung.
Sinan Ismail, Pengasas Digital Durian pula berkata, “Kami amat gembira apabila siri Didi & Friends diterima baik semua lapisan masyarakat di luar sana. Peluang berkerjasama dengan Astro dalam menjadikan Didi & Friends ke dalam format karaoke menunjukkan bidang animasi di Malaysia kini sesuatu yang boleh dibanggakan. Terima kasih kepada pihak MDEC dan MAC3 yang telah banyak menyokong siri animasi Didi & Friends. Sudah pasti, elemen pendidikan menerusi penerapan nilai-nilai murni dalam lagu Didi & Friends di samping pemantapan bahasa Melayu yang kita tampilkan dalam lirik lagu Didi & Friends antara faktor yang berupaya membantu perkembangan minda anak-anak di rumahâ€.
Tambah Sinan lagi, “Kami mendengar permintaan penonton kami yang bertanyakan mengenai lagu-lagu baru dalam siri ini dan oleh sebab itulah kami hasilkan 20 lagu baru istimewa untuk edisi karaoke ini, dan menjadikan saluran karaoke ini satu saluran yang menyeronokkan buat anak-anak kita apabila mereka berpeluang menyanyikan kesemua 46 lagu dalam siri iniâ€.
Kesemua 26 lagu Didi & Friends yang terdahulu juga telah dialih bahasa ke Bahasa Mandarin dan disiarkan di saluran ‘edutainment’ kanak-kanak berbahasa Mandarin, Astro Xiao Tai Yang. Di masa hadapan, Didi & Friends juga dijangka akan menemui penonton setia di rumah dalam format siri animasi yang lebih panjang dan lebih interaktif.
Khas untuk peminat Didi & Friends di luar sana, kesemua 26 lagu siri pertama akan turut menemui penonton dalam format DVD di mana ia boleh didapatkan di kedai-kedai muzik terpilih mulai 27 Mei 2016.
Mengenai Didi & Friends
“Didi & Friends”, merupakan karya animasi kerjasama Astro dan DD Animation Studio Sdn Bhd (Digital Durian) yang berazam memperkenalkan lagu-lagu tradisional rakyat kepada generasi cilik Malaysia, seterusnya membawa khazanah muzik tanah air ke persada antarabangsa. Karya animasi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga mencecah lebih daripada 133 juta tontonan di Youtube, dan telah menemui penonton di Saluran 611, Astro Ceria mulai Disember yang lalu.
Keunikan Didi & Friends terletak pada lagu-lagu rakyat seperti “Rasa Sayangâ€, “Lompat Si Katak Lompat†dan “Air Pasang Dalam†yang diberikan sentuhan baru, melalui karakter-karakter animasi haiwan yang mencuit hati. Watak utama diterajui oleh seekor ayam serama bernama Didi berdampingan dengan Jojo dan Nana. Watak-watak lain termasuklah Bingo yang merupakan seekor kucing, Tatak, seekor katak dan Pak Atan iaitu seekor orang utan.
Diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan tempatan, DD Animation Studio Sdn. Bhd, Didi & Friends mula disiarkan menerusi platform media baru, YouTube pada 15 Mei 2014.
Sehingga kini, Didi & Friends berjaya mencatatkan sejumlah lebih dari 133 juta tontonan di rantau ini yang mana lebih dari 117 juta dicatatkan di Malaysia sendiri dan saluran YouTube Didi & Friends dilanggani oleh lebih dari 146 ribu orang komuniti YouTube, dengan purata tontonan sebanyak 691 ribu setiap hari.
Diilhamkan dan dihasilkan sepenuhnya produksi tempatan, Didi & Friends turut menerapkan nilai-nilai kekeluargaan bagi menarik minat kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 5 tahun untuk belajar sambil berhibur.
Didi & Friends merupakan siri nurseri paling popular di Malaysia dan siri lagunya merupakan rancangan dengan tontonan paling tinggi pernah dicatatkan di saluran kanak-kanak, Astro Ceria.
26 Lagu Musim 1 & Musim 2
Song: Kalau Rasa Gembira
Song: Pokok Mulberry
Song: Lompat Si Katak Lompat
Song: Pak Atan Ada Ladang
Song: B I N G O
Song: Ikan Jojo
Song: Bunyi Haiwan
Song: Air Pasang Dalam
Song: Bintang – Bintang
Song: Tayar Bas
Song: Rama – Rama
Song: Hokey Pokey
Song: Saya Teko Kecil
Song: Nana Ada Happy Bear
Song: Chan Mali Chan
Song: Papaku Pulang dari Kota
Song: Rasa Sayang
Song: ABC
Song: 12 bulan
Song: 5 Buku
Song: Semut Berkawad
Song: Burung Kakak Tua
Song: Labah-Labah
Song: Menari Bersama
Song: Pertama Kedua Ketiga
Song: Dayung Sampan
20 Lagu Baru
Song: Oh Nana
Song: Jom Bersenam
Song: Tidurlah Sayang
Song: Kawan Didi Di Mana
Song: Bermain Dalam Bulatan
Song: Nenek Si Bongkok Tiga
Song: Anak Itik Didi
Song: Tetamu Didi
Song: Anggota Badan
Song: Keldai Comel
Song: Wawa Si Lebah
Song: Buai Laju-Laju
Song: Tepuk Amai-Amai
Song: Putih Hijau Ungu
Song: Selamat Hari Jadi
Song: Meow Meow Oh Bingo
Song: Bambam Gajah Hebat
Song: Pak Beruang
Song: Jambatan Sedang Roboh
Song: Wahai Sahabat