in

Didi & Friends Anjur Karnival 1 Bilion Didi & Friends

Untuk Meraikan Kejayaan Catat 1 Bilion Tontonan. Pelbagai hadiah serta aktiviti menarik menanti pengunjung dan juga peminat setia.

Tanggal Mei 2018 yang lalu, animasi Didi & Friends menerusi laman Youtube rasminya, ‘Didi & Friends – Lagu Kanak-Kanak’ telah mencatatkan jumlah tontonan melangkaui satu bilion, sekaligus menjadikannya animasi pra-sekolah pertama yang berjaya mencipta rekod berkenaan di laman YouTube Malaysia. Selain itu, animasi ini turut memperlihatkan jumlah pengikut di Youtube yang sangat membanggakan iaitu sebanyak 1,206,774 pengikut. 

Poster Karnival 1 Bilion Didi & Friendss
Datanglah beramai-ramai

Bagi meraikan kejayaan tersebut bersama para peminat, Digital Durian dengan kerjasama Astro bakal mengadakan sebuah karnival terbesar Didi & Friends iaitu ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’, bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpurselama empat hari berturut-turut bermula pada 14 hingga 17 September 2018.

Saya sangat teruja dengan penganjuran Karnival 1 Bilion Didi & Friends kerana ini merupakan karnival terbesar yang pernah kami anjurkan. Menariknya karnival kali ini, kami menyajikan aktiviti-aktiviti pentas yang lebih hebat dan interaktif serta pelbagai permainan baharu yang belum pernah dimainkan di mana-mana karnival Didi & Friends sebelum ini. Bukan sahaja permainan, kami turut menitikberatkan pada dekorasi karnival seperti mewujudkan rumah Didi, Nana, Jojo, Pulau Hokey Pokey dan banyak lagi supaya pengunjung yang hadir berasa seolah-olah berada di dunia Didi & Friends.” 

Sinan Ismail; Ketua Pengarah Ekskutif Digital Durian

Pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik dan menyeronokkan yang sesuai buat seisi keluarga telah diatur buat pengunjung karnival. Antaranya aktiviti ‘Karaoke Bersama Didi’, ‘Manicure Bersama Nana’, ‘Bina Bongkah Bersama Jojo’, ‘Petik Buah Di Ladang Pak Atan’, ‘Menari Dan Menyanyi Di Musikal Didi & Friends’, ‘Meet And Greet Didi & Friends’, pertandingan ‘Kostum Didi & Friends’, ‘Hias Kek Bersama Didi & Friends’dan banyak lagi. 

Berita baik buat kanak-kanak, Karnival 1 Bilion Didi & Friends turut menawarkan 100 tunggangan maskot Didi & Friends (Zoomoov) secara percuma selama empat hari karnival berlangsung.  

logo Karnival 1 Bilion Didi & Friends

Bukan itu sahaja, pengunjung karnival ini khususnya peminat barangan Didi & Friends berpeluang menikmati potongan harga bagi barangan Didi & Friends menerusi promosi ‘Happy Hour’yang menawarkan sehingga 30% diskaun untuk barangan terpilih.  

Selain itu, sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018, terdapat ‘Online Nationwide Sales Campaign’ yang menawarkan promosi istimewa sehingga 20% diskaun untuk barangan Didi & Friends yang terpilih di platform membeli belah atas talian iaitu Shopee, Lazada, 11 Street, Go Shop dan Toyworld Marketing Online. 

Istimewa lagi, pengunjung yang hadir ke Karnival 1 Bilion Didi & Friends dapat menonton secara eksklusif beberapa potongan klip video lagu-lagu baharu Didi & Friends musim ketiga yang mempunyai sebanyak 39 buah lagu keseluruhannya dan bakal dilancarkan bermula pada 15 Oktober ini di Astro Ceria (saluran 611) serta saluran rasmi YouTube Didi & Friends. Suka juga untuk saya kongsikan dengan semua peminat Didi & Friends, kami bakal bawakan ‘Konsert Hora Horey Live 2019’ dan ‘Didi & Friends The Movie’di pawagam pada tahun 2021.Selain itu, Didi & Friends juga telah dialih bahasa kepada tujuh bahasa iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Hindi, Bahasa Portugis, Bahasa Thailand dan terbaharu Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris dan Bahasa Vietnam.Kami ingin sentiasa memberi kandungan baharu buat tontonan peminat dan diharap agar peminat dapat terus memberikan sokongan padu terhadap Didi & Friends.

– Sinan Ismail


Jangan lupa temu janji anda bersama Didi, Nana dan Jojo di ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’ pada 14 hingga 17 September ini bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Jumpa anda di sana!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Wak Doyok di Restoran Tony Roma’s

Pelawak Accapan Meninggal Dunia