in , ,

Didakwa Jadi Broker Pelacur, Kontrak Seungri Ditamatkan

Agensi pengurusan kumpulan K-pop popular, Big Bang menamatkan kontrak Seungri yang kini menjadi suspek dalam siasatan polis berhubung dakwaan mengatur perkhidmatan seks kepada pelabur berpotensi.

Syarikat YG Entertainment berkata, ia juga memohon maaf kerana gagal menguruskan penyanyi berusia 28 tahun itu yang pada Isnin lalu sudah mengumumkan untuk bersara dari dunia hiburan.

“Kami memohon maaf kepada peminat dan umum kerana menimbulkan keraguan. 

“Berhubung pengumuman Seungri ingin bersara, kami menerima permintaannya untuk menamatkan kontrak eksklusif itu,”

The Korea Herald
Seungri
Seungri

Seungri pada Isnin lalu secara drastik mengumumkan tidak lagi mahu terus berada dalam persada seni.

Anggota termuda Big Bang itu membuat keputusan berkenaan selepas dia disyaki dan disiasat atas kesalahan melanggar undang-undang pelacuran Korea Selatan.

“Saya rasa baik saya meninggalkan dunia hiburan pada waktu ini. 

“Saya tidak mahu menyebabkan lebih banyak kerosakan kepada orang di sekeliling saya apabila dibenci, dan dikecam umum serta dilayan seperti musuh negara semasa dalam siasatan,”

– Seungri via Instagram

Hasil siasatan, polis mengesyaki Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun telah membekalkan perkhidmatan seks kepada para pelaburnya di sebuah kelab malam di Seoul.

Tuduhan jenayah itu juga membawa kepada pendedahan mengejutkan mengenai seorang lagi penyanyi, Jung Joon-young yang berkongsi video dia melakukan hubungan seks dengan wanita.

Rakaman itu kemudian dikongsikan dalam kumpulan perbualan telefon yang  turut disertai Seungri.

Kedua-dua penyanyi terbabit akan dipanggil untuk membantu siasatan esok.

“Sebagai agensi pengurusan, YG menerima dan mengakui menyesal akibat kegagalan menguruskan Seungri secara menyeluruh.

“Secara serius, YG berasakan perlu memperbaiki prinsip asas dan berjanji berusaha untuk ke arah itu,”

Selain tuduhan terbabit aktiviti pelacuran, Seungri yang bertindak sebagai pegawai eksekutif kelab elit Burning Sun turut didakwa terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan merasuah polis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Video Onani, Pengurusan Aiman Tino Cari Jalan Terbaik

Angelina Jolie Buat Kejutan di Tayangan Premiere Filem Disney’s Dumbo