Menerusi satu perkongsian di Facebook, Sajat berkata susulan kejadian itu dia mengalami kemurungan sehinga perlu menjalani rawatan.
Sajat berkata suspek berbangsa Arab itu sudah berjaya ditahan dan kini dalam siasatan pihak polis negara berkenaan.
“Dua minggu lepas, saya kena ugut. Ada seorang lelaki ni, dia cuba nak perkosa terhadap saya. Tu punca saya tak buka kedai sebab tengah ‘anxiety’.
“Ia dah jadi kes polis. Jadi sekarang ni saya dapat pertolongan daripada agensi yang memberi bantuan terapi untuk kesihatan mental serta gangguan seksual kerana jantina saya perempuan,” katanya.
Sajat turut berkongsikan suspek pernah menjadi pelanggan di kedai salon miliknya serta memberitahu dia tidak melawan kerana bimbang keadaan akan lebih teruk.
“Fizikalnya (suspek) besar, tinggi.. dia terkam leher, tampar muka. Saya tak melawan sebab kalau buat begitu, keadaan akan jadi lebih teruk Mungkin Sajat akan mati.
“Saya kata, saya akan buat apa sahaja yang awak mahu. Dia buka semua pakaian, saya pun cuba ‘pujuk’ dia untuk tidak berbuat begitu,” katanya.