Ni nak citer sikit pasal ramai yang cakap pelajar perempuan dalam AF5 tu gedik, gatal, gelennya, dan macam-macam lagi lah perkataan yang sewaktu dengannnya. Amboi sedapnya mulut korang. Sesedap rasa ajinomoto je mengata ek? Antara yang kena cop pelajar paling gedik ialah Diya, Dekna dan Zana. Alahai, korang nih. Tak sporting langsung la you all. Bagi saya diorang tu bukannya gedik apa… diorang tu tengah gedik santai ape. Biaq pi ler. Hik hik! Tiba-tiba je, boleh promote lak program TV3 – Gedik Santai. Apa kes?
Betul, terus terang saya cakap. Dekna bukan menunjukkan karakter yang gedik. Cuma Dekna super-dooper over aktif. Jangan sampai jadi kuasa radioaktif cukuplah. (Tetap kena dipengaruhi oleh penangan siri HEROES. Mana boleh lari, Budiey kan peminat No. 1 siri Heroes. Sampai sedih tak lalu nak makan sebab Heroes katanya terpaksa bercuti sebulan. Hujung bulan April baru tayang balik di USA.)
Cakap pasal Dekna lagi. (Alahai Dekna juga jadi bahan bualan. Takde orang lain lagi ke yang lebih menarik?) Dekna tu memang ‘lalok’ sikit. (Lalok = Maaf, perkataan ini bukan merujuk kepada penghisap dadah ya. jangan salah faham lak. You got what I mean? I got it, you got it!). Dekna ni jenis ‘pakai belasah’ je orangnya. Bagi saya, Dekna ni jenis punya attitude. Dia tak malu dan segan, mudah menyesuaikan diri dengan keadaan, emosinya senang dipengaruhi oleh persekitaran dan Dekna seorang gadis yang berani mencuba sesuatu yang baru.
Pada pengamatan saya dari siaran Diari AF5 selama 1 jam itu, Dekna seorang gadis yang suka mengajar kawan-kawan, bukan dia nak tunjuk action dia pandai atau terror atau horror… bukan! Dengan gerak Dekna yang lincah, showmanship yang menceriakan dan attitude dia yang sempoi giler, saya boleh bayang macamana persembahan Dekna di Konsert nanti. Kalau show Dekna tak macam yang dia tunjuk dalam diari siap lah kena kutuk. Dalam diari beria-ia je buat itu ini, tapi masa konsert kecut dan takut nak buat show yang happening.
Lihat sahaja bagaimana lincahnya Dekna menari untuk lagi dangdut Fatin yang kena kuarantin, Angkat Kaki. Versatile la jugak minah ni. Lepas tu, siap ajar Noni untuk bawa lagi ‘Ngak Ada Logika’ Saya seronok tengok Dekna tu sebenarnya. Saya dah cakap awal-awal, karakter dia ni lain sikit.
Heliza pula masih lagi menjaga jati dirinya sebagai gadis bertudung. Saya suka dengan Heliza sebab dia satu-satunya pelajar perempuan yang sederhana menyerlah. Sudah tentu, Heliza antara yang menjadi tumpuan dalam AF5. Dan Heliza tak perlu untuk menonjol dirinya sangat. Setakat ini, keunikan Heliza dalam pembawaan lagu masih lagi kurang jelas identitinya. Suara Heliza masih dibayangi dengan suara sengau merdu dan lunak Datuk Siti Nurhaliza.
Cabaran untuk Heliza mencari identitinya sendiri. Tambahan pula, saya rasa senang sangat sebab lagu Kau Pergi Jua – Adam Ahmad tu jarang dinyanyikan oleh penyanyi perempuan.
TOLONG MASUKKAN KUCING ZANA DALAM AKADEMI
Pasal Zana menangis sebab rindu kat kucing dia. Ingat ke menangis sebab rindukan pakwe ke, kawan baik ke, apa ke… Ni tidak… pasal kucing pun boleh menangis. Kalau dah jadi artis nanti, tak tau la camna. Ingat ada masa nak jaga kucing ka? Tengok si Khai tu, dah jadi artis katanya takde masa lagi nak bela kucing. Anak ikan pun tak de masa nak dibela, inikan pula anak kucing. Uups! Tersepak kau kucing! (sempat lagi melatah…)
Saya rasa Zana salah mengatur strategi dia. Saya tahu, Zana ingin menarik perhatian kamera dan mahu kisah dirinya diselitkan dalam diari. Silap besarlah kalau menangis dalam AF. Roslan Aziz pun tak suka acara leleh meleleh cam nih.
Pulak tu pasal benda yang remeh temeh. Jelas sekarang, karakter Zana seorang yang manja, masih tidak matang, suka menangis, mudah lemah semangat, tiada pendirian, tidak pandai mengawal emosi, tidak tahu apa tujuan sebenar masuk akademi dan pesimistik, tidak optimistik dan plastik. Peminat Zana jangan melenting lak. Harap, Zana dikejutkan dari tidur lenanya yang panjang.
Updated: Awal pagi tadi, saya kejutkan dengan penyebaran gambar bogel Zana ATAU Zhana AF5 yang dikatakan diambil dengan kamera sendiri dengan bantuan cermin. Saya tidak tahu dari mana datangnya gambar tersebut… Tapi betul ke ? Atau sengaja ada pihak ingin memburukkan nama pelajar tersebut. Mmm… patutlah zana nampak risau semacam… kesian.
Kini, mengikut seorang wartawan, Zana telah pun membuat laporan kes ini kepada pihak berkuasa. Dan ini sudah pun menjadi kes polis. Ini bermakna, gambar itu bukannya milik Zana sebagaimana yang disebarkan di forum dan internet. Mungkin pelanduk dua serupa… Siapa yang menyebarkan gambar tersebut… insaflah ye.., itu bukan gambar Zana. Itu orang lain punya laa…
Pengunduran ZHANA dari Akademi Fantasia rasa saya mengeruhkan lagi keadaan. ZHANA harus tabah menghadapi. Ini menjadikan satu pengajaran agar artis berjaga-jaga ketika mengambil gambar bogel, tidak berbaju walaupun untuk tujuan personal.
DIARI YANG TIDAK ADIL – SILA IMBANGI LAPORAN HARIAN
Apa nak cakap lagi, dah memang skema dan bentuk program dia tu. Diari hari ketiga memang nampaknya tertumpu pada pelajar perempuan sahaja. Untuk budak lelaki tak banyak sangat. Sempat tengok masa Dafi berlatih nyanyi lagu Uptown Girls dengan diiringi suara-suara latar yang sumbang mambang daripada rakan-rakannya lain. Tercari-cari jugak mana si Aizat. Rupanya Aizat main bass, you all. Korang pandai ke main bass? Non Hadoooo! pandai nya.
Kira jamming sakan le tu Aizat nih dengan Roslan Aziz yang boleh le tahan jugak ketuk drum dan juga sorang lagi pembantu muzik sape tah nama dia. Tapi ciput sangat tunjuk pasal Aizat. Naper? Adakah Aizat tak sejelita budak lelaki yang lain? Atau nak tunggu hari esok? Minggu pertama kena balance atau seimbangkan penonjolon atau appearance pelajar.
Tapi tak pe la… sekali tunjuk Aizat pun dah kira impak dia power. Sebab apa? Sebab ingat ‘scene’ masa diorang habis jamming, Pakcik Roslan sempat cakap kat Aizat, “Esok jangan lupa, bassist (merujuk kepada Aizat) kita jamming lagi…” Diari semalam ada tunjuk Aizat nyanyi Pangeran Cinta. Tak berapa sedap lagi. Tolong jangan judge lagi sebab itu baru percubaan je.
Ada tunjuk sikit ucapan Afiq yang agak poyo depan kamera. Siap janji untuk menjadikan ibu bapa dia kagum dan bangga dengan kebolehan anak dia. Jangan duk berangan nak jadi superstar cam Mawi sudah lah nanti. Jangan ingat dunia artis adalah dunia main-main, dunia senang lenang bagai. Keluar Akademi baru korang tau, camana cabaran dia. Tapi tak pe, sekurang-kurangnya Afiq ni nak membuktikan sesuatu untuk ibu bapa dia kan… anak baik sanjungan ibu ayah, katakaannn…
Shawal mengambil tindakan bagus dengan memakai jersi bola yang tercatit namanya di belakang. Untuk minggu pertama ini, saya percaya ramai penonton yang masih tidak mengingati nama pelajar. Saya sendiri pun kekadang tu konpius gak. Kalau dalam AF1 dulu diorang kena pakai name tag besar-besar. Jadi, team produksi boleh mengambil inisiatif bagaimana untuk memperkenalkan pelajar supaya lebih dikenali. Ini untuk undian SMS jugak. Semakin ramai yang dikenali, semakin banyak undian SMS akan masuk. Yang untung sape? Astri jugak kan?
Ya, kita tau ada iklan khusus untuk depa ni. Tapi at least masa program diari ada tertera nama diorang ni jugak. Just my 2 sen.
KAMERA TEMPAT MENGGEDIKKAN DIRI
Ntah apa-apa tah AF kali nih. Dari dulu sampai sekarang, duk ulang benda yang sama. Boring. Pasal kamera dalam akademi pun nak recap gak ke? Memang dah jadi kelaziman, bila letak je kamera dalam akademi mesti diorang ni gatal-gatal nak cakap itu ini. Please, tonjolkan ‘skrip’ yang lain dari yang lain.
Memang kamera tu tempat diorang luahkan perasaaan pada dunia luar kan, nak wat camna. Dekna sempat menangis sambil berpelukan sama si Candy masa berbual dan berinteraksi dengan kamera. Tak pe le nak luahkan perasaan. Candy lak siap buat pengakuan yang dia dah mula sayangkan Dekna dan anggap Dekna seorang kakak yang baik. Mmm… bunyi macam sesuatuh je kan?
Tapi saya tak nak tuduh diaorang ni berlessi dalam Akademi sebab masih awal lagi untuk mengatakan demikian. Walaupun dah ada tanda-tanda kecil lesbianisasi wujud dalam AF5 ini, anggaplah hubungan kasih sayang sesama manusia sebagaimana yang kita tengok di AF musim terdahulu. Korang jangan suka nak tuduh-tuduh lak.
MARILAH MARI KITA MENGUNDI….
Ketiadaan Aswad dan Fatin menjadikan pelajar dah berkurangan sedikit. Kedua-dua pelajar yang tengah kena kuarantin ni tak kurang hebat menyerlahnya. Fatin senang dan mesra untuk dikenali sebab badan dia kurus dan cute macam anak patong. Cuma gigi je slack sikit. Ops!
Semua pelajar disuruh oleh Asrol untuk mengundi samada Fatin dan Aswad patut buat show atau tidak masa Konsert Pertama nanti. Ada yang pilih kedua-duanya patut dan ada juga yang sebaliknya.
Realitinya, ini pertandingan, dalam kotak minda mereka pasti ada terlintas, kalau Fatin dan Aswad disingkirkan lagi bagus. Bolehla aku berangan dan berpeluang akan jadi juara nanti. Tapi semua nampak muka baik-baik je kan, dalam hati siapa tahu…
Ok, malam ni jangan lupa ada Debat AF. Kita tengok samada konsep Debat ni gempak atau sebaliknya. Setakat nak ulas benda sama atau nak debat pasal isu remeh temeh tu… tak berapa happening.
Sama-samala kita tunggu camna. Yang penting, ada orang nak melaser malam nih. Tengok la camna dia nak laser camana.
Sama-samala kita tunggu camna. Yang penting, ada orang nak melaser malam nih. Tengok la camna dia nak laser camana.