Ninie atau nama sebenarnya Zurini Hasbullah membuat pendedahan tersebut menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya untuk pengetahuan pengikut media sosialnya.
Ujar Ninie, dia pada ketika itu terpaksa bekerja keras untuk menanggung anak-anaknya selepas Cliff didakwa telah menghilangkan diri bersama dengan wanita lain.
“1 Syawal menandakan hari kelahiran anak perempuan saya Mikayla Syawaluna. Saya masih ingat lagi setiap tahun saya mesti bekerja keras hingga ke Ramadan terakhir untuk menyara diri dan anak-anak. Kebanyakan waktu, dia (Cliff Umar) akan menghilangkan diri dan takut untuk menerima panggilan telefon selepas menjalinkan hubungan bersama seorang wanita.”
Malah, tulis Ninie lagi, dia turut menjadi mangsa manipulasi Cliff apabila penyanyi itu telah menggunakan anak-anaknya untuk mendapatkan publisiti ketika menyertai rancangan realiti GV 2020.
“Dia pernah meminta saya untuk menipu jika ditemubual rancangan GV namun saya membantah dan menyekatnya daripada menghubungi saya. Tapi ia tidak menghalangnya untuk terus menggunakan kami lagi demi publisiti.” tulis Ninie lagi.
Jelas wanita itu lagi, dia kini bersuara mengenai isu tersebut kerana ingin menyedarkan suaminya itu tentang kebajikan dan tanggungjawab terhadap anak-anaknya sendiri.
Terdahulu, Cliff atau nama sebenarnya Abdullah Umar Joseph Abdullah,38, pernah menafikan bahawa dirinya beristeri dua. Sebaliknya dia mengaku bahawa mempunyai seorang bekas isteri namun masih berhubungan baik.
Hasll perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.