Pelakon Raisha itu berkata menerusi sebuah coretan di laman Instagram, “Bukan artis sahaja yang berada dalam industri ini tetapi mereka yang terlibat di belakang tabir juga merupakan penggiat seni. Bukan mahu menagih simpati ataupun meminta lebih daripada apa yang sepatutnya tetapi saya kenal ramai kru yang freelancing. Sekiranya mereka bekerja sepenuh masa di bawah satu produksi sekalipun, mereka tidak akan menerima bayaran apabila tidak mempunyai pekerjaan.
Bayaran contohnya RM10,000 tetapi ia dipecahkan kepada tiga kali bayaran selama tiga hingga empat bulan. Ada juga yang gaji mereka RM3,000 hingga RM4,000 tetapi ia dipecahkan kepada tiga kali bayaran. Berapa sangat untuk mereka mahu bertahan sekiranya tidak pergi bekerja, kan?”
Isteri kepada Datuk Farid Kamil itu turut berharap semua pihak yang terlibat boleh mencari jalan penyelesaian untuk membantu golongan penggiat seni ini terus mencari pendapatan.
“Sekiranya individu-individu yang bekerja di belakang tabir itu lambat menerima bayaran, mereka tidak mempunyai persatuan yang betul-betul mampu menangkan hak mereka.
Sekiranya tidak boleh sambung penggambaran, apakah cara yang paling sesuai untuk pastikan golongan penggiat seni ini tidak terumbang-ambing dan langsung tidak mempunyai pendapatan? Saya berharap kita mampu mencari jalan penyelesaiannya bersama-sama,” tambahnya.
Thank you Abg Nizam for this write up @nizamzakaria. Betul. Bukan semua dalam industri ni artis saja. Semua di belakang tabir juga anak seni. Minta fahami kenapa warga seni ni ada diantara kita yg Memang struggle sungguh. Bukan mahu menagih simpati atau meminta lebih dari yg sepatutnya, tapi saya juga kenal Ramai crew yg Memang freelancing atau jika fulltime dibawah satu production pun jika tak ada kerja tak ada bayaran. Bayaran contohnya rm10k tapi dipecahkan kepada 3 kali bayaran selama 3-4bulan, ada yg Gaji mereka pun hanya 3-4 ribu JUGA dipecahkan kepada 3 kali bayar, berapa sangat utk mereka nak survive Kalau lama tak kerja kan… dan jika lambat bayaran mereka tiada persatuan yg betul2 mampu menangkan hak mereka. We are stuggling just like you all are too, we are in this together pun, bukan hanya di Malaysia tapi satu dunia. Jika tak dapat nak sambung shooting, apakah cara utk pastikan mereka yg kerja dalam bidang ni tidak terus terumbang ambing dan langsung tiada pendapatan.. harap kita dapat cari solusinya bersama.
Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Mat London baru-baru ini memohon pihak kerajaan meluluskan permohonan untuk penggiat seni kembali bekerja.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini mempunyai sedikit kelonggaran berbanding fasa-fasa sebelum ini, rakyat Malaysia diminta untuk mematuhi arahan kerajaan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.