PELABURAN emas dilihat semakin mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia apabila emas dianggap sebagai satu aset terunggul yang mampu berupaya melindungi kekayaan daripada kesan inflasi dan deflasi biarpun berlaku kegawatan ekonomi dunia namun kita perlu bijak mengawal dan mengubahnya.
Jesteru itu, Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold), sebuah syarikat yang menawarkan pelaburan emas di dalam bentuk emas fizikal telah mengorak langkah lebih jauh dengan menawarkan pelaburan logam perak fizikal dan pelaburan emas dengan barangan kemas melalui anak syarikatnya, Public Silver (PS) dan Public Jewellery (PJ).
Pengurus Besar Public Gold, Branson Saw berkata, sebelum ini Public Gold telah menawarkan emas fizikal di dalam bentuk jongkong emas, syiling emas dengan ketulenan 999.9 dan juga dinar emas dengan ketulenan ketulan 916 dan lebih menarik lagi apabila harga emas fizikal keluaran syarikatnyta dijual mengikut harga emas antarabangsa.
Beliau berkata, dengan hanya satu jari, setiap pelabur boleh melihat harga emas ini dilaman web www.publicgold.com.my, www.publicdinar.com dan www.publicjewellery.com.my dalam tempoh 24 jam tujuh hari seminggu tanpa had.
Katanya, lebih menarik lagi, setiap emas keluaran Public Gold termasuk PS dan PJ mempunyai sijil ketulenan daripada Assayer yang bertauliah iaitu Assay Office Penang Sdn Bhd yang bertindak sebagai syarikat yang menjamin mutu dan ketulenan emas dan perak keluaran syarikat setaraf dengan kualiti emas dan perak diperingkat antarabangsa.
“Jesteru itu, PJ dilancarkan dimana ada tiga keistimewaan barang kemas keluaran PJ berbanding barang kemas daripada kedai emas dimana harga yang ditawarkan berdasarkan pasaran antarabangsa dan perbezaan harga jualan dan belian adalah 20 peratus tetapi dikurangkan dari masa ke semasa dan setiap barang kemas mempunyai ‘hallmark’ dan diuji ketulenannya.
“Setiap pelabur juga boleh membuat kemaskini setiap 20 minit mengikut harga pasaran antarabangsa sama ada mereka berada dirumah, pejabat atau dimana-mana sahaja,” katanya ketika ditemui Public Gold cawangan Bukit Jambul di sini semalam. Hadir sama, Pengurus Besar PJ, Teoh Chee Lsiung.
Majlis pelancaran diadakan di Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya pada 28 Februari lalu dari jam 2 petang hingga 6 petang dimana pelakon dan penyanyi, Diana Danielle dilantik menjadi Duta bagi Public Jewellery.
Manakala bagi Diana, dia berbesar hati dipilih sebagai duta kepada barangan kemas yang beroperasi secara online itu.
“Tiga minggu lepas mereka hubungi saya dan tawarkan untuk menjadi duta kepada Public Gold ini. bagi saya ini peuang yang baik. Saya juga seorang yang suka kepada barangan kemas, dari kecil saya sudah terbiasa memakai barangan kemas. Tidak ada masalah bagi saya untuk mengayakan barangan kemas di mana-mana majlis.”
Ditanya bagaimana cara untuk mempromosikan barangan ini memandangkan jual beli hanya dilakukan di internet, Diana memberitahu dia akan cuba mengayakan di majlis-majlis keramaian.
“Insya-Allah saya akan mempromosi barangan ini di majlis-majlis yang saya hadiri ataupun mungkin di Facebook melalui gambar-gambar saya,” katanya yang sedang dalam proses membaca dan menghayati skrip filem Hanyut arahan U-Wei.
Menurut Diana lagi, tanggungjawab ini tidak akan menggangu kerjaya dan pembelajarannya. Dia juga mengakui terpaksa membahagikan masa sebaik mungkin.
“Walaupun kini saya kurang aktif disebabkan pelajar ettapi itu adalah dari bidang lakonan drma dan filem yang mana mengambil masa yang agak lama dan saya terima tawaran ini disebabkan ia tidak menganggu masa sekolah saya,” katanya yang bakal merakamkan single terbarunya berjudul Terburu.
Selain itu juga Syarikat Public Final Gold bakal mengeluarkan beberapa rekaan yang bakal diberi nama ‘Diana Danielle Series’.
Pada majlis tersebut juga, Diana sempat menghiburkan tetamu yang hadir dengan menyanyikan dua buah lagu Dan Sebenarnya dan Leaving On a Jet Plane secara akustik. – sumber Mstar Online.
Branson berkata, pelaburan yang ditawarkan cukup menjimatkan untuk wang dimana buat pertama kali di Malaysia kerana harga jualan tiada kos tambahan dikenakan kerana harganya termasuk upah buatan dan setiap penjimatan kos akan dipulangkan terus kepada pelabur.
Beliau berkata, ini kerana PJ tidak memerlukan sewa kedai yang mahal, gaji pekerja dan lain-lain kos dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan malahan konsep yang dijalankan PJ adalah sama seperti yang dijalankan beberapa syarikat terkemuka dunia seperti Dell dan Amazon.com.
Katanya, selain itu juga bagi PS pula ialah sebuah syarikat pertama di Malaysia dan dunia yang menawarkan jualan dan belian semula jongkong perak dimana perbezaan harga jualan dan belian adalah 20 peratus tetapi akan dikurangkan dari masa ke semasa bergantung harga pasaran.
“Public Gold melihat pelaburan ini memberi banyak manafaat kepada pelabur selain mendapat pulangan tertinggi dan sentiasa mendapat tawaran dan membuat pilihan sama ada untuk belian atau jualan setiap hari tanpa sebarang masalah,” katanya.
Branson berkata, memandangkan sambutan hangat terhadap emas fizikal Public Gold, jika sebelum ini mempunyai rangkaian cawangan di Bandar Sunway, Petaling Jaya, Bukit Jambul dan Lebuh Bishop, Pulau Pinang dan Kota Bharu termasuk beberapa cawangan terbaru yang akan dibuka di Sungai Petani dan Ipoh termasuk Sabah tidak lama lagi.
Beliau berkata, Public Gold juga mensasarkan akan membuka 12 cawangan diseluruh negara pada tahun ini dan syarikat sentiasa memastikan mutu, kualiti dan ketulenan produk setaraf dan sekiranya ingin mendapat maklumat lanjut berkenaan pelaburan emas dan produk bolehlah melayari laman web yang disediakan.
Orang ramai juga boleh mengunjungi Public Fine Gold International Sdn Bhd, 12E Ground Floor, Jalan Rumbia 11900 Bukit Jambul, Pulau Pinang atau menghubungi 04-6449999 atau Cawangan Petaling Jaya, 42 A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat Tiga) Mentari Bussines Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor di talian 03-56348999.