in , ,

Diana Danielle Dedah Sikap Baran Farid Kamil Dera Mental Aurora 

Kemelut rumah tangga antara pasangan pelakon, Farid Kamil dan isteri tercintanya, Diana Danielle semakin tegang terutamanya selepas temu bual ekslusif Farid bersama Melodi TV3.

Terkini, Diana menerusi dua hantaran di Instagram Stories (IGs) mendedahkan suaminya sudah masuk empat bulan tidak membayar nafkah serta segala perbelajaan mereka empat beranak ketika menunaikan Umrah ditanggung sepenuhnya olehnya.

“Bulan ni dah masuk empat bulan tak bayar nafkah. Trip ke Makkah, saya bayar untuk semua empat beranak. Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab dah biasa bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun tak akan ingat nak ganti balik. 

“Tapi dia sendiri cakap, dia akan cover balik cost flight dan hotel dia (Khanya dia) di Makkah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata. 

“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang tu) dan apa lagilah. Tapi nafkah dan hutang masih tergantung,” dedahnya. 

Diana Danielle Dedah Sikap Baran Farid Kamil Dera Mental Aurora

Dalam hantaran sama, ibu anak dua ini turut membongkarkan Farid telah mendera emosi anak perempuanya, Nur Aurora, 8, selama dua hari berturut-turut ekoran insiden memetik cili di rumah jiran sehingga tidur di lantai depan pintu tandas. 

“Dia nak tekankan kata incident marah anak tu kecil saja. Saya nak tekankan di sini, dia dah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. 

“Semuanya hal yang sangat remeh. Sampai ke esok pagi, dia masih menengking anak-anak atas sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar dia. 2 hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati.

“Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab dia nak sambung ‘ajar’ anak. 

“Bila saya masuk bilik, anak saya tidur atas lantai depan pintu tandas, berlapik sejadah. Saya jadi terkejut. Dah la ditengking sepuas hati dari petang, dia tak bagi anak tidur dengan saya (yang biasanya rutin). Disuruh tidur atas lantai. 

“Bila saya nak ambil Aurora masuk bilik kerana tak tahan tengok treatment anak macam tu, dia tolak saya berkali-kali halang saya ambil anak saya. Saya tetap berkeras untuk bawa anak masuk bilik saya kerana saya takut apa lagi tindakan seterusnya,” ujarnya.

Diana Danielle Dedah Sikap Baran Farid Kamil Dera Mental Aurora

Dedah Diana lagi, emosi Farid berada dalam keadaan sangat tidak stabil sehingga sanggup mengugut isterinya dengan menyatakan akan mendera Aurora pada keesokan harinya. 

“Sebelum saya keluar dari bilik, dia ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas. He was emotionallly unstable, saya tak pernah nampak dia macam ni and it brought so much fear that something was inpending. 

“Bilik tu pun tak sesuai anak masuk. You tahu kenapa bilik tu tak sepatutnya ada anak dalam tu. Jadi memang tak sesuai anak tidur dalam bilik tu, apa lagi atas lantai. 

“Aurora tak sengaja. Didik anak jangan sampai dera emosi. It was the first time ever, dan dia tak tahu petik cili dianggap mencuri, bukan niat dia mencuri. 

“Dengan keadaan dia yang tak boleh kawal emosi, saya terpaksa call polis untuk keluar dari rumah sebab tak tahu apa lagi yang akan berlaku esoknya. Dia dah ugut nak sambung hukuman dan pukul Aurora. Cukup! Kalau dah dua hari tu pun tak berhenti baran tanpa sebab dekat anak,” katanya.

Terdahulu, Farid membuat pendedahan di Melodi mengenai insiden petik cili yang berlaku kepada Aurora.

Diana pula tampil membidas Farid dan dan mengatakan insiden petik cili bukan penyebab dia mahu meminta cerai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HARRY KHALIFAH

Tahniah! Harry Khalifah Timang Anak Ke-9, Mengalir Air Mata Temani Isteri

YONNYBOII

Isteri Tak Larat Ke Dapur di Bulan Puasa, Yonnyboii Urus Sahur Sendiri