Menerusi kenyataan di Insta Story itu, Diana berkata anaknya, Aurora sangat takut selepas dimarahi dengan teruk susulan insiden memetik cili di rumah jiran.
“Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.
“Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar.
“Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut. Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung ‘ajar’ anak,” katanya.
Turut menjadi perhatian, Diana juga mendakwa dia yang menampung kos menunaikan umrah untuk mereka sekeluarga, Februari lalu dan suaminya sudah empat bulan tidak membayar nafkah.
Diana turut mempersoalkan, suaminya boleh membeli kereta baru cincin harga beribu ringgit namun nafkah dan hutang masih belum diselesaikan.
“Tapi dia sendiri cakap, dia akan ‘cover’ (bayar) balik kos penerbangan dan hotel di Makkah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata.
“Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang) dan apa lagilah, tetapi nafkah dan hutang masih tergantung,” katanya.
Terdahulu, Diana memfailkan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu. Bagaimanapun pada sebutan permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai.